27 Julai 2017 Analisis Harian
FOMC dovish memetik data masa depan untuk kenaikan kadar.
Dolar A.S. telah melanjutkan kerugiannya semasa sesi dagangan Asia pada hari Khamis berikutan dengan pembebasan kenyataan FOMC yang menandakan pendirian pesimis. Indeks dolar menurun sebanyak 0.23% ke paras rendah 13 bulan yang baru di 93.26 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Seperti yang dijangkakan, Bank Pusat A.S. (Fed) telah mengekalkan kadar faedahnya di dalam lingkungan 1% – 1.25% pada awal pagi ini. Kenyataan yang mengiringi keputusan tersebut telah menunjukan kebimbangan ahli pembuat dasar mengenai tekanan inflasi yang suram dan berada di bawah sasaran 2% baru-baru ini. Fed menyatakan bahawa data inflasi berasaskan pasaran adalah lebih lemah namun masih memberikan optimisme mereka untuk ia menstabil bagi tempoh masa yang lebih panjang. Bank pusat tersebut mengulas bahawa kadar faedah berkemungkinan untuk dikekalkan pada paras rendah buat “seketika” sambil memetik peranan data ekonomi masa depan dalam menentukan kenaikannya. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, Euro meningkat sebanyak 0.37% ke paras tinggi 30 bulan yang baru di $1.1747 manakala USD/JPY susut 0.13% ke 111.03.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.25% ke $48.63 selepas para peserta pasaran mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan dari kenaikan baru-baru ini. Pada masa yang sama, harga emas melonjak sebanyak 1.02% ke $1,261.78 berikutan dengan penjualan pada dolar A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) | 0.3% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 233K | 241K | – |
DOLLAR_INDX

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap psikologi di 94.00. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 93.20 akan mencadangkan indeks tersebut untuk menurun selanjutnya ke sasaran berikut di 92.45.
Tahap rintangan: 94.00, 94.95
Tahap sokongan: 93.20, 92.45
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan keuntungannya selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah) sambil menutup niaga di atas tahap 1.3100. Ia dicadangkan untuk menaik selanjutnya dan menuju ke paras atas saluran menaik berhampiran dengan 1.3160.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3210
Tahap sokongan: 1.3100, 1.3050
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas tahap psikologi yang kukuh iaitu 1.1700. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan EURUSD untuk meningkat selanjutnya ke sasaran berikut di 1.1870.
Tahap rintangan: 1.1870, 1.2000
Tahap sokongan: 1.1700, 1.1550
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah memangkas keuntungannya selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 111.00 akan mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke sasaran berikut di 110.15.
Tahap rintangan: 111.65, 112.30
Tahap sokongan: 111.00, 110.15
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah akibat daripada kekurangan momentum bullish berhampiran tahap psikologi 49.00. MACD yang menunjukan isyarat divergence mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke tahap sokongan 48.40.
Tahap rintangan: 49.00, 49.65
Tahap sokongan: 48.40, 47.75
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1247.00 sambil menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau). Penutupan niaga di atas 1259.00 baru-baru ini mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan ke sasaran berikut di 1270.35.
Tahap rintangan: 1270.35, 1281.00
Tahap sokongan: 1259.00, 1247.00