83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Julai 2023                       Analisis Sesi Pagi

 

Greenback merosot di tengah-tengah kenyataan Powell yang kurang hawkish.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, menarik nafas daripada keuntungannya sebelum ini selepas mesyuarat Fed yang ditunggu-tunggu pada awal pagi. Selaras dengan jangkaan pasaran, Rizab Persekutuan meningkatkan kadar pinjaman penanda aras sebanyak 25 mata asas. Langkah ini menandakan kenaikan kadar ke-11 dalam kitaran kenaikan kadar semasa dan membawa kadar penanda aras kepada julat 5.25% hingga 5.5%, mencapai tahap tertinggi sejak 2001. Mengenai kenaikan kadar masa depan, Pengerusi Powell menyatakan bahawa ahli Fed tidak memberikan isyarat yang jelas. Bergantung pada data ekonomi yang akan datang, bank pusat boleh memilih untuk menaikkan semula kadar atau memastikannya stabil dalam mesyuarat seterusnya. Bagaimanapun, Powell menekankan bahawa Rizab Persekutuan berhasrat untuk mengekalkan pendirian dasar yang ketat sehingga mereka yakin bahawa inflasi bergerak secara mampan ke arah sasaran mereka sebanyak 2%. Mereka juga bersedia untuk mengetatkan lagi dasar monetari jika perlu. Walaupun terdapat beberapa petunjuk baru-baru ini mengenai penurunan dalam kenaikan harga, Powell menyatakan bahawa Fed masih belum yakin sepenuhnya bahawa inflasi terkawal, terutamanya memandangkan inflasi teras kekal melebihi 3%. Bank pusat akan memantau dengan teliti data ekonomi terkini sebelum membuat sebarang keputusan. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.32% ke 101.05.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.67% ke $78.85 setong diikuti oleh data yang menunjukkan penurunan yang lebih kecil daripada jangkaan dalam inventori minyak mentah AS dan Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.10% kepada $1974.05 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:15                     EUR                                        ECB Monetary Policy Statement

20:45                     EUR                                        ECB Press Conference

22:15                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:15 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) 4.00% 4.25%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) 0.6% 0.1%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 2.0% 1.7%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 228K 235K
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Jun) -2.7% -0.6%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 100.65. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 101.60, 103.00

Tahap sokongan: 100.65, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2970. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3125

Tahap sokongan: 1.2875, 1.2765

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1065. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa pendek.

 

Resistance level: 1.1065, 1.1155

Support level: 1.0960, 1.0850

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 141.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang semakin menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 141.60, 143.90

Tahap sokongan: 139.00, 136.35

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6150. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3175. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3245, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3175, 1.3065

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.8670. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.8535.

 

Tahap rintangan: 0.8670, 0.8775

Tahap sokongan: 0.8535, 0.8355

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 79.75. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 79.75, 80.75

Tahap sokongan: 77.15, 73.90

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1965.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1965.65, 1980.00

Tahap sokongan: 1950.70, 1939.75