27 Julai 2023 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia susut selepas inflasi menurun.
Aussie (AUD), yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global, susut apabila data CPI jatuh lebih daripada ramalan pasaran. Menurut Ahli Perangkaan Australia, CPI suku kedua menurun daripada 7.0% kepada 6.0%, di bawah ramalan pasaran sebanyak 6.2%. Ekonomi Australia merosot secara mendadak, kadar inflasi telah memuncak dan menyederhana dengan cepat, dan Reserve Bank of Australia (RBA) menyasarkan 2-3% inflasi menjelang pertengahan 2025. Keadaan ekonomi untuk Australia adalah rumit kerana pengguna dan perniagaan kehilangan keyakinan, tetapi pasaran buruh masih kekal ketat. Dalam mesyuarat RBA akan datang, pelabur menjangkakan bank pusat mungkin menaikkan 25 mata asas (bps) lagi sebelum kadar faedah jeda pada masa hadapan. Dengan itu dikatakan, pasangan AUD/USD melantun dengan ketara berikutan Sidang Akhbar FOMC AS. Semalam, Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas seperti yang diramalkan pasaran. Juga, Jerome Powell berkata keputusan kadar faedah yang akan datang akan bergantung kepada data ekonomi masa depan, manakala Fed masih akan cenderung ke arah ‘pendirian hawkish’ yang berpanjangan. Kenyataan FOMC menunjukkan penilaian aktiviti ekonomi berada pada “kadar sederhana”, berbanding dengan situasi buruk dalam bulan Jun. Semasa penulisan, AUD/USD meningkat 0.70% ke 0.6800.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 1.19% ke $79.65 setong disebabkan oleh inventori minyak mentah yang telah menurun sebanyak 600,000 tong minggu lalu dan kelemahan dolar AS. Selain itu, harga emas meningkat 0.34% ke $1978.60 setroy di tengah-tengah kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:15 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:45 EUR ECB Press Conference
22:15 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Time | Event | Previous | Forecast | Actual |
20:15 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) | 4.00% | 4.25% | – |
20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) | 0.6% | 0.1% | – |
20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | 2.0% | 1.7% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 228K | 235K | – |
22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Jun) | -2.7% | -0.6% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 100.80. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk mengalami teknikal pembetulan dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 100.80, 101.55
Tahap sokongan: 98.90, 97.75
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2835. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan di 1.3000.
Tahap rintangan: 1.3000, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2835, 1.2670
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1010. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut keuntungan ke tahap rintangan 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1185, 1.1355
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0835
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 140.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut kerugiannya ke tahap sokongan 138.70
Tahap rintangan: 140.25, 141.90
Tahap sokongan: 138.70, 137.55
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan di 0.6880.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.7015
Tahap sokongan: 0.6785, 0.6695
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6160. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 0.6280.
Tahap rintangan: 0.6280, 0.6380
Tahap sokongan: 0.6160, 0.6055
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan rata di atas tahap sokongan di 1.3110. Kerana MACD kurangkan isyarat jadi disaran untuk menunggu isyarat sahaja kemasukan pesanan pasaran.
Tahap rintangan: 1.3295, 1.3435
Tahap sokongan: 1.3110, 1.2975
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.8710. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.8710, 0.8855
Tahap sokongan: 0.8545, 0.8360
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia menguji tahap rintangan di 79.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjut keuntungannya selepas memecah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 79.70, 82.55
Tahap sokongan: 77.25, 73.75
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1971.45. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan 2003.60.
Tahap rintangan: 2003.60, 2048.95
Tahap sokongan: 1971.45, 1940.20