83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 September 2018                           Analisis Sesi Pagi

 

Fed: Era polisi longgar bakal tamat.

Dolar AS menokok sedikit pada awal pagi tadi selepas Bank Pusat AS (Fed) meningkatkan kadar faedah seperti di dalam jangkaan untuk kali kelapan sambil memberi isyarat kepada kenaikan kadar yang lanjut pada masa depan. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.04% ke paras 93.78 pada awal pagi tadi. Ahli penggubal dasar Fed telah meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas ke lingkungan 2.00% – 2.25%. Selain itu, Fed juga telah memansuhkan istilah “kelonggaran” daripada kenyataan polisi mereka sambil menegaskan untuk meningkatkan kadar faedah pada masa depan memandangkan kadar pengangguran telah mencapai paras rendah sedekad. Sementara itu, pasangan USD/CAD meningkat sebanyak 0.08% ke 1.3031 semasa sesi Asia. Dolar Kanada menerima tekanan untuk menurun selepas Presiden AS Donald Trump mengugut untuk mengenakan tarif ke atas kenderaan keluaran Kanada sementara rundingan NAFTA baru-baru ini telah mencapai kebuntuan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak melantun sebanyak 0.58% ke $72.73 setong selepas Setiausaha Tenaga AS Rick Perry mengulas bahawa rizab minyak strategik dari negara tersebut tidak akan digunakan untuk meningkatkan pembekalan minyak global. Seirasnya, harga emas meningkat sebanyak 0.22% ke $1,197.08 se troy auns selepas para pelabur membeli komoditi tersebut dari harga yang rendah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

Tentatif                   CrudeOIL                               OPEC Meeting

21:30                     EUR                                       ECB President Draghi Speaks

22:00                     GBP                                       BoE Gov Carney Speaks

04:30 (28hb)          USD                                      Fed Chair Powell Speaks

05:45                     CAD                                      BoC Gov Poloz Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – GfK German Consumer Climate (Oct) 10.5 10.6
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Sep) 0.1% 0.1%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) 0.1% 0.4%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 4.2% 4.2%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Aug) -0.7% -0.2%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan indeks tersebut untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 94.00.

 

Tahap rintangan: 94.00, 94.65

Tahap sokongan: 93.40, 93.15

 

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji berhampiran garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3285

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3100

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan  kerugian selepas ia memecahkan paras bawah saluran dan tahap sokongan di 1.1730.

 

Tahap rintangan: 1.1800, 1.1855

Tahap sokongan: 1.1730, 1.1660

 

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 113.05, 113.40

Tahap sokongan: 112.65, 112.15

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7240.

 

Tahap rintangan: 0.7260, 0.7280

Tahap sokongan: 0.7240, 0.7230

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di garisan trend menaik. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6615, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3010. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk menaik selanjutnya dan menuju ke arah 1.3050.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3100

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2955

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang secara tipis sementara kini sedang menguji di garisan trend menaik. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurunnya mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 0.9680, 0.9710

Tahap sokongan: 0.9645, 0.9590

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan komoditi ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan yang kukuh di 72.50.

 

Tahap rintangan: 72.50, 73.40

Tahap sokongan: 71.75, 71.15

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1207.75, 1218.65

Tahap sokongan: 1194.30, 1184.00