27 September 2019 Analisis Sesi Petang
Pound jatuh susulan dengan ketidakstabilan politik.
Pound Sterling mencatat kerugian susulan dengan harapan Brexit lembut dan kenaikan ketidakstabilan politik di UK. Perdana Menteri Boris Johnson dipaksa untuk meminta penangguhan Brexit untuk mengelakkan Brexit keras daripada Parlimen. Walau bagaimanapun, ini telah meningkatkan ketidaktentuan Brexit yang boleh berlegar untuk tempoh masa yang panjang. Sebaliknya, NZD/USD telah menyusut bagi tempoh beberapa minggu susulan dengan jangkaan para pelabur terhadap Bank Pusat New Zealand dalam melonggarkan dasar kewangan, yang selanjutnya memberi tekanan bearish ke atas pasangan NZD. Selain itu, Dollar New Zealand mencatat penurunan selepas ANZ Keyakinan Pengguna untuk bulan September menyusut sebanyak 3.6% ke 113.9, yang selanjutnya memberi prospek pesimistik terhadap pertumbuhan ekonomi New Zealand. Selain itu, keuntungan perindustrian Cina yang suram telah mendorong NZD untuk melanjutkan kerugiannya. Namun, kenyataan yang positif dari RBNZ telah mengurangkan sentimen bearish ke atas pasangan NZD. Gabenor RBNZ Adrian Orr menegaskan bahawa Bank Pusat New Zealand (RBNZ) tidak akan melaksanakan dasar monetari pengembangan susulan dengan stabil kadar inflasi dan GDP. Tambahan pula, prospek positif dari mesyuarat A.S dan China juga memberi sokongan bullish ke atas pasangan NZD. Semasa penulisan, GBP/USD mencatat kenaikan sebanyak 0.09% ke 1.2332 dan NZD/USD meningkat sebanyak 0.05% ke 0.6296.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut susulan dengan pertumbuhan ekonomi global yang suram yang selanjutnya mengurangkan permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas didagang dalam saluran sisi berikutan dengan para pelabur masih memberi tumpuan kepada berita-berita dari perang perdagangan dan isu Brexit. Semasa penulisan, harga minyak mentak telah mencatat penurunan sebanyak 0.72% ke $56.12 se tong dan harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1505.37 se troy auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) -0.4% 0.2% –
20:30 USD – Core PCE Price Index (MoM) (Aug) 0.2% 0.2% –
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Sep) 89.8 92.0 –
01:00
(28hb) CrudeOIL – Baker Hughes Oil Rig Count 719
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 98.80. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 98.40.
Tahap rintangan: 98.80, 99.20
Tahap sokongan: 98.40, 98.00

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2325. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan 1.2325.
Tahap rintangan: 1.2515, 1.2665
Tahap sokongan: 1.2325, 1.2165

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya 1.0965. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.0855.
Tahap rintangan: 1.0965, 1.1150
Tahap sokongan: 1.0855, 1.0740

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan 20 (Merah) dan 50 (Biru) MA. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah kedua-dua garisan MA.
Tahap rintangan: 107.85, 108.45
Tahap sokongan: 107.10, 106.65

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6750. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan 0.6750.
Tahap rintangan: 0.6795, 0.6835
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan berlaku pada tahap sokongan sebelumnya di 0.6295. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan 0.6255.
Tahap rintangan: 0.6295, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6255, 0.6200

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari garisan 50 MA (Biru). Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan arah yang jelas dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih jelas muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3020

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia menguji tahap rintangan 0.9945. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 0.9945.
Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9885, 0.9810

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi. MACD yang memaparkan isyaray bearish mencadangkan komoditi ini melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 55.65.
Tahap rintangan: 56.80, 58.55
Tahap sokongan: 55.65, 54.65

GOLD_Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1506.10. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan komoditi ini didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan 1506.10.
Tahap rintangan: 1551.85, 1595.00
Tahap sokongan: 1506.10, 1485.65