27 Oktober 2017 Analisis Harian
Euro menjunam selepas Draghi melepaskan isyarat pesimis.
Euro telah meneruskan kerugiannya pada sesi dagangan Asia hari Jumaat selepas ia susut sebanyak 0.15% ke $1.1635 berbanding dengan dolar A.S. Momentum tersebut telah dicetuskan selepas Pengerusi Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi memberikan isyarat dovish kepada pasaran. Seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran kewangan, ECB telah mengumumkan untuk mengurangkan program kelonggaran kuantitatif (QE) mereka pada semalam. Program pembelian aset tersebut telah dikurangkan dari EUR60 bilion ke EUR30 bilion sebulan sementara tempohnya akan dilanjutkan sebanyak 9 bulan sehingga ke bulan September 2018. Namun, Draghi juga telah memberikan kenyataan yang dovish: “Walaupun pandangan ekonomi telah bertambah baik dan ECB adalah lebih optimistik terhadap perkembangan di dalam sektor pelaburan dan penambahan pekerjaan, kami masih tidak mempunyai tarikh luput bagi program pembelian bon. Ekonomi semasa masih bergantung kepada rangsangan ini dan program tersebut bakal ditingkatkan sekiranya perlu. Oleh itu, QE bakal dilanjutkan sehingga selepas bulan September 2018.”. Bagi rantau lain, dolar A.S. meningkat sebanyak 0.19% ke 94.65, paras tertinggi di dalam tempoh tiga bulan susulan dengan tekanan bearish pada mata wang Euro.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara berayun dan disebut niaga berhampiran $52.63 setong sebelum pembebasan data pelantar minyak manakala para pelabur masih kekal berjaga-jaga selepas OPEC dan Venezuela dilaporkan mengalami kesukaran untuk membayar kadar bon berjumlah $985 juta yang telah dikeluarkan oleh syarikat minyak Petroleos de Venezuela SA (PDVSA). Sementara itu, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.05% ke $1,266.91 se troy auns susulan dengan kekukuhan dolar A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:30 | JPY – National Core CPI (YoY) (Sep) | 0.7% | 0.8% | 0.7% |
| 07:30 | JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Oct) | 0.5% | 0.5% | 0.6% |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q3) | 3.1% | 2.6% | – |
| 20:30 | USD – Real Consumer Spending (Q3) | 3.3% | 2.2% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct) | 101.1 | 100.8 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 736 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3115. Pembentukan lilin pin bar serta MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal pada jangka pendek dan didagang dengan lebih tinggi ke sasaran tahap rintangan di 1.3140.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3170
Tahap sokongan: 1.3115, 1.3060
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1680. Susunan bearish pada lilin serta MACD histogram yang memaparkan peningkatan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya ke sasaran berikut di 1.1615.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1735
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1475
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 114.00. Garisan isyarat MACD yang membentuk silang emas mencadangkan pasangan tersebut untuk menaik selanjutnya ke tahap rintangan di 114.30.
Tahap rintangan: 114.30, 114.95
Tahap sokongan: 114.00, 113.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 52.55. Namun, pembentukan lilin pin bar serta MACD histogram yang mula untuk susur ke bawah mencadangkan harga minyak mentah untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah ke tahap sokongan di 52.55 sebelum meneruskan kenaikannya.
Tahap rintangan: 53.00, 53.70
Tahap sokongan: 52.55, 52.20
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1280.65. Komoditi tersebut kini sedang menguji di tahap sokongan 1267.70 dan disokong oleh garisan 200-MA. Penutupan niaga di bawah tahap tersebut akan mencadangkan komoditi ini untuk menurun selanjutnya dan sasaran berikut berada di 1256.95.
Tahap rintangan: 1280.65, 1302.00
Tahap sokongan: 1267.70, 1256.95