27 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar digemari sementara risiko berlegar.
Dolar AS telah menerima permintaan yang tinggi apabila dibandingkan dengan sebakul enam mata wang utama pada hari Isnin berikutan dengan risiko yang masih berlegar seperti Brexit dan krisis bajet Itali. Mata wang tersebut telah memulih kembali ke paras 97 semenjak sesi Amerika Utara pada semalam sebelum beberapa ahli Bank Pusat AS menyampaikan ucapan mereka dan termasuk pengerusinya iaitu Jerome Powell pada hari Rabu nanti. Namun, keuntungan pada dolar adalah masih terhad sementara para pelabur menunggu sidang kemuncak G20 di Argentina pada hari Jumaat ini di mana Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping akan bertemu untuk berbincang mengenai perjanjian perdagangan. Sebaliknya, euro menerima tekanan menurun yang menyeluruh pada semalam sambil memangkas kerugian seawalnya selepas Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi menyampaikan isyarat dovish. Mario mengulas bahawa kelemahan di dalam data ekonomi yang terkini adalah sejajar dengan pendekatan protectionism dan perang perdagangan dari pentadbiran Trump. Oleh itu, sekiranya kelemahan tersebut dilanjutkan, maka Bank Pusat Eropah berkemungkinan untuk meneruskan rangsangan ekonomi mereka. Isyarat yang disampaikan tersebut telah menurunkan jangkaan para pelabur ke atas bank tersebut untuk mengetatkan dasar menjelang musim luruh tahun depan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.15% ke 96.97 sementara EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.1334.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.04% ke $51.47 setong. Harga komoditi ini telah memulih dari paras rendah 13 bulan selepas para pelabur memberi tumpuan kepada kemungkinan OPEC untuk memangkas pembekalan mereka pada mesyuarat OPEC awal bulan hadapan. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.03% ke $1,222.65 se troy auns berlatarbelakangkan risiko yang masih berlegar di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence | 137.9 | 135.9 | – |
| 05:30 (28hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -1.545M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.60, 96.20

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2895, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2805, 1.2770

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1365, 1.1410
Tahap sokongan: 1.1310, 1.1265

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 113.70, 113.85
Tahap sokongan: 113.30, 112.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. Petunjuk MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 0.7170.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6775. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6730

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia menutup di atas tahap 1.3255.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3155

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9950. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9905

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 53.90.
Tahap rintangan: 53.90, 55.35
Tahap sokongan: 49.50, 47.50

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1220.00.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25
Tahap sokongan: 1220.00, 1215.95