83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Disember 2018                             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melantun akibat pemulihan stok AS.

Indeks dolar telah memulih kekuatannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama susulan dengan lantunan dari pasaran stok AS yang melanjutkan keuntungannya sebanyak 2% didorong oleh stok teknologi sementara memulihkan semula kestabilan bagi pasaran ekuiti. Namun, para pelabur masih berwaspada sementara menunggu sentimen selanjutnya di tengah-tengah masalah politik AS. Ketidakpastian dalam pasaran termasuk hal dinding sempadan Mexico di mana Presiden AS Donald Trump telah mengulas bahawa beliau akan menangguhkan tempoh penutupan kerajaan sekiranya pembiayaan bagi dinding tersebut tidak dicapai. Selain itu, beliau juga mengkritikkan tindakan Bank Pusat AS (Fed) untuk meningkatkan kadar secara beransur-ansuran semasa penyusutan pertumbuhan ekonomi dan menyalahkan Fed sebagai masalah utama bagi ekonomi AS. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.48% ke 96.50 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan USD/JPY telah berundur daripada paras tingginya semalam, menurun sebanyak 0.24% ke 111.10 semasa sesi awal dagangan Asia. Yen yang selamat telah mengalami penjualan secara mendadak semasa selera risiko pelabur terhadap pasaran dolar telah meningkat akibat lantunan stok AS. Para pelabur telah mengambil kesempatan ini untuk bertindak dengan mengalihkan pelaburan mereka dari aset selamat kepada pasaran dolar, menyebabkan mata wang Yen untuk menghilangkan kesemua keuntungannya sepanjang 3 hari.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.82% ke $46.20 selepas ia melantun sebanyak 8% pada hari semalam, keuntungan yang paling tinggi dalam sehari sejak 30hb November 2016 di tengah-tengah sentimen baik yang berasal dari pasaran stok AS. Namun, sentimen bagi pasaran minyak masih suram selagi ketidakpastian pasaran global masih berlegar dan para pelabur kini akan menumpukan perhatian kepada impak yang akan datang selepas perlaksanaan pemotongan bekalan minyak oleh OPEC dan sekutunya pada bulan depan. Selain itu, harga emas telah melantun sebanyak 0.28% ke $1270.50 se troy auns selepas ia menjunam dari paras tinggi akibat lantunan pasaran stok AS. Sentimen terhadap pasaran emas berkekal positif semasa ketidakpastian global masih menghantui para pelabur.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Initial Jobless Claims 214K 217K
23:00 USD – CB Consumer Confidence (Dec) 135.7 133.7
23:00 USD – New Home Sales (Nov) 544K 560K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.55. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 96.25.

 

Tahap rintangan: 96.55, 96.85

Tahap sokongan: 96.25, 96.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran menaik sementara menguji pada paras rendah saluran tersebut. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup lilin di bawah saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2740

Tahap sokongan: 1.2660, 1.2610

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1350. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1395.

 

Tahap rintangan: 1.1395, 1.1435

Tahap sokongan: 1.1350, 1.1320

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 110.90. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun dari tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.35, 111.65

Tahap sokongan: 110.90, 110.60

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7070. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7035.

 

Tahap rintangan: 0.7070, 0.7100

Tahap sokongan: 0.7035, 0.7000

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan trend menaik (merah) dan tahap sokongan di 0.6700. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah garisan trend dan juga tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6745, 0.6785

Tahap sokongan: 0.6700, 0.6655

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3565. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3610.

 

Tahap rintangan: 1.3610, 1.3645
Tahap sokongan: 1.3565, 1.3530

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9920. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9960, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9920, 0.9875

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 47.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 45.20.

 

Tahap rintangan: 47.00, 48.50

Tahap sokongan: 45.20, 43.55

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1267.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1273.50.

 

Tahap rintangan: 1273.50, 1278.00

Tahap sokongan: 1267.00, 1262.90