27 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar kukuh di tengah-tengah penyusutan ketegangan perang US-China.
Indeks dolar memulih kekuatannya berbanding dengan enam pasangan mata wang sementara pasaran meriahkan laporan mengenai penyusutan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China (US-Sino). Menurut kepada laporan, sekumpulan wakil perunding perdagangan daripada AS akan dihantar ke Beijing untuk membuat rundingan dengan pegawai China pada 7hb Januari. Oleh kerana perang tersebut melibatkan dua ekonomi terbesar, berita tersebut telah menggalakkan semula keyakinan terhadap pasaran dolar. Selain itu, dolar telah melanjutkan kekuatannya dengan data AS yang menunjukkan bahawa jualan percutian bagi tahun 2018 telah meningkat sebanyak 5.1 peratus, keuntungannya yang terbesar dalam tempoh enam tahun dan data ini telah menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.03% ke 96.30 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menyusut sebanyak 0.17% ke 0.7055 semasa penulisan di tengah-tengah penyusutan ekonomi China. Menurut kepada data, keuntungannya sektor perindustrian di China bagi bulan Disember telah menurun buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun dengan bacaan sebenar sebanyak -1.8% berbanding dengan ramalannya sebanyak 3.6% dan ahli ekonomi juga menjangkakan keuntungannya tersebut akan bertambah buruk bagi tahun depan. Oleh kerana negara China merupakan rakan perdagangan terbesar dengan Australia, data dan juga kelihatan ekonomi di China akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara Australia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.62% ke $46.28 setong semasa penulisan akibat tekanan ke atas pasaran yang berasal dari kebimbangan terhadap kelebihan bekalan dalam pasaran. Walaupun OPEC dan sekutunya telah bersetuju untuk mengurangkan bekalan, para pelabur masih bimbang bahawa pengurangan tersebut tidak mencukupi untuk mengimbangkan permintaan dan pembekalan di dalam pasaran. Di samping itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.16% ke $1268.50 semasa penulisan akibat keyakinan terhadap dolar yang didorong oleh penyusutan ketegangan US-Sino.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 214K | 217K | – |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Dec) | 135.7 | 133.7 | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Nov) | 544K | 560K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 96.35. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.85, 97.45
Tahap sokongan: 96.35, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2695. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2610.
Tahap rintangan: 1.2695, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1355. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1395.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1355, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 110.95. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 111.60.
Tahap rintangan: 111.60, 112.25
Tahap sokongan: 110.95, 110.30

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 0.7035.
Tahap rintangan: 0.7095, 0.7160
Tahap sokongan: 0.7035, 0.6975

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6740. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6690.
Tahap rintangan: 0.6740, 0.6785
Tahap sokongan: 0.6690, 0.6610

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3600. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3505.
Tahap rintangan: 1.3600, 1.3650
Tahap sokongan: 1.3505, 1.3440

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.9955. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.9905.
Tahap rintangan: 0.9955, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9860

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 46.20. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 46.20, 48.45
Tahap sokongan: 43.75, 42.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1277.30. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1246.15.
Tahap rintangan: 1277.30, 1283.90
Tahap sokongan: 1265.15, 1257.35