83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Mac 2018                        Analisis Harian

 

Kerugian pada dolar terhad selepas risiko perang perdagangan susut.

Indeks dolar memulih sebanyak 0.33% dari paras rendah lima minggu ke 88.88 susulan dengan penyusutan kekhuatiran para pelabur terhadap persaingan dagangan diantara Amerika Syarikat dan China. Di dalam pembidaan untuk mencapai konsensus yang memanfaatkan kedua-dua pihak, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Perwakilan Perdagangan AS Robert Lighthizer dilaporkan mengambil bahagian di dalam rundingan tersebut yang tertumpu kepada pengurangan tarif kereta import, penggalakan pembelian semikonduktor AS (bukannya dari Korea Selatan dan Taiwan) serta melonggarkan akses perniagaan Amerika Syarikat ke dalam pasaran China. Menurut kepada pegawai dari China, mereka sedang berusaha untuk memuktamadkan pelan tersebut di dalam tempoh dua bulan bagi membolehkan pelaburan asing untuk mengambil alih kepentingan majoriti pada firma sekuriti di China. Penyusutan pada risiko perang perdagangan tersebut telah mengehadkan kerugian yang dialami oleh dolar AS selepas pembebasan data yang pesimis pada semalam. Menurut kepada Conference Board, data keyakinan pengguna telah tersasar daripada ramalan dengan 127.7 berbanding dengan 131.0. Sementara itu, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.17% ke $1.2411 susulan dengan pembebasan Indeks Zon Eropah oleh European Commission yang memaparkan penyusutan sebanyak 1.6 ke paras 112.6. Ini memaparkan bahawa optimisme di dalam pasaran terhadap sektor pembuatan, perkhidmatan dan perniagaan telah susut bagi rantau tersebut.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.46% ke $64.85 setong sementara para pelabur memberikan pandangan yang lebih pesimis di mana stok simpanan minyak AS dijangka untuk meningkat berikutan dengan pembekalan yang lebih tinggi bagi tempoh kebelakangan ini. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.86% ke $1,346.68 se troy auns berikutan dengan kekukuhan pada dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

00:00 (Thu)           USD                                       FOMC Member Bostic Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:00 NZD – ANZ Business Confidence (Mar) -19.0 -20.0
15:00 EUR – GfK German Consumer Confidence (Mar) 10.8 10.7
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q4) 2.5% 2.7%
20:30 USD – GDP Price Index (QoQ) (Q4) 2.3% 2.3%
20:30 USD – Goods Trade Balance (Feb) -75.26B -74.10B
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Feb) -4.7% 2.1%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -2.622M 1.200M
22:30 CrudeOIL – Gasoline Inventories -1.693M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.4130. Histogram MACD yang menunjukkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.4200.

 

Tahap rintangan: 1.4200, 1.4250

Tahap sokongan: 1.4130, 1.4100

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.2380. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan di 1.2420.

 

Tahap rintangan: 1.2420, 1.2460

Tahap sokongan: 1.2380, 1.2350

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di 105.30. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke rintangan pada garisan 200-MA.

 

Tahap rintangan: 105.80, 106.10

Tahap sokongan: 105.30, 104.90

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 64.60. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi ke tahap rintangan di 65.25.

 

Tahap rintangan: 65.25, 66.25

Tahap sokongan: 64.60, 64.10

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1342.80. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kenaikan ke tahap rintangan di 1350.20.

 

Tahap rintangan: 1350.20, 1354.90

Tahap sokongan: 1342.80, 1338.10