83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Mac 2023                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS berundur apabila kebimbangan penularan perbankan berkurangan.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, gagal melanjutkan keuntungannya semalam apabila kebimbangan pasaran terhadap isu Deutsche Bank berkurangan berikutan penjualan besar pada akhir minggu lalu. Semalam, harga saham Deutsche Bank melantun mendadak bersama penurunan kos insurans hutangnya terhadap kemungkiran kerana majoriti penganalisis menyatakan bahawa kesihatan kewangan bank terbesar di Jerman itu masih kukuh. Menurut kepada harga CMAQ, spread untuk swap lalai kredit kanan (CDS) lima tahun jatuh daripada setinggi 226.9 mata asas ke 198.6 mata asas pada hari Isnin. Dengan itu, ia menghidupkan semula keyakinan pasaran terhadap prospek masa depan bank itu dan meredakan spekulasi pasaran mengenai kemungkinan berlaku krisis. Akibatnya, pelabur memindahkan semula modal mereka daripada pasaran dolar AS ke pasaran Euro. Pada masa yang sama, berita yang dikeluarkan awal Isnin bahawa First Citizens BancShares bersetuju untuk mengambil alih deposit dan pinjaman Silicon Valley Bank telah meredakan kebimbangan pasaran mengenai kesihatan bank AS yang lebih kecil. Menurut kenyataan Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC), urus niaga pengambilalihan itu meliputi AS$119 bilion dalam deposit dan $72 bilion dalam aset, dan 17 cawangan SVB akan dibuka semula dari sekarang. Perjanjian pengambilalihan itu meningkatkan sentimen pasaran indeks dolar semalam. Sehingga penulisan, indeks dolar menurun -0.27% ke 102.85.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah diniagakan lebih tinggi sebanyak 5.22% ke $72.70 setong apabila kebimbangan pasaran terhadap krisis perbankan reda berikutan penurunan ketara dalam spread CDS Deutsche Bank. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.06% ke $1957.75 setiap troy auns selepas jatuh dengan ketara semalam di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap sektor perbankan reda.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16:45                     GBP                                        BoE Gov Bailey Speaks

21:15                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Mar) 102.9 101.0

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 101.25.

 

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.25, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2200. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2345.

 

Tahap rintangan: 1.2345, 1.2470

Tahap sokongan: 1.2200, 1.2105

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0770. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0915.

 

Tahap rintangan: 1.0915, 1.1010

Tahap sokongan: 1.0770, 1.0665

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 130.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 133.05.

 

Tahap rintangan: 133.05, 135.20

Tahap sokongan: 130.70, 127.75

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6565.

 

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6785

Tahap sokongan: 0.6565, 0.6425

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6150.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3730. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3635.

 

Tahap rintangan: 1.3730, 1.3830

Tahap sokongan: 1.3635, 1.3565

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9070.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9325

Tahap sokongan: 0.9070, 0.8945

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 71.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya menutup di atas tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 71.65, 76.10

Tahap sokongan: 66.10, 61.45

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1944.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1985.90, 2042.60

Tahap sokongan: 1944.60, 1900.00