28 April 2017 Analisis Harian
Euro tergelincir selepas ulasan pesimis Draghi.
Euro didagang dengan lebih rendah berbanding dengan dolar A.S. berikutan dengan ulasan yang pesimis dari Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi pada semalam. Pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.06% ke $1.0867 semasa penulisan. Mata wang zon ekonomi tersebut mengalami penurunan selepas Draghi mengulas bahawa pemulihan prestasi ekonomi di zon Eropah adalah semakin kukuh namun tekanan inflasi masih lemah untuk masa ini. Komen tersebut telah diberikan selepas Bank Pusat Eropah melepaskan keputusan kadar faedah mereka di mana ia telah dikekalkan di paras rekod rendah dengan 0.00%. Sementara itu, dolar A.S. telah mengukuhkan kedudukannya selepas ia meningkat sebanyak 0.13% ke 98.98 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Dolar A.S. masih didagang dengan lebih tinggi pada hari kedua meskipun data ekonomi mereka seperti Initial Jobless Claims dan Core Durable Goods Orders adalah lebih lemah daripada jangkaan. Para peserta pasaran akan terus memerhati beberapa siri data ekonomi yang bakal dilepaskan oleh beberapa ekonomi utama seperti E.U., U.K. dan A.S. bagi melihat sentimen dan arah aliran pasaran kewangan.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas kerugian sebelumnya selepas ia melantun sebanyak 0.53% ke $49.23 pada pagi ini. Walaubagaimanapun, harga minyak masih berada di dalam jangkaan untuk mencatat kerugian bagi minggu kedua berturut-turut berikutan dengan keraguan para pelabur terhadap keberkesanan pelan pembekuan OPEC dalam menangani kelebihan stok global. Selain itu, harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 0.06% ke $1,264.40 namun kenaikannya masih terhad akibat daripada kekurangan risiko di seluruh dunia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
07:30 | JPY – Household Spending (MoM) (Mar) | 2.5% | -0.8% | -2.0% |
07:30 | JPY – National Core CPI (YoY) (Mar) | 0.3% | 0.3% | 0.2% |
09:00 | NZD – ANZ Business Confidence (Apr) | 11.3 | – | 11.0 |
14:00 | EUR – German Retail Sales (MoM) (Mar) | 1.8% | -0.3% | – |
16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q1) | 0.7% | 0.4% | – |
17:00 | EUR – CPI (YoY) (Apr) | 1.5% | 1.8% | – |
20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 2.1% | 1.2% | – |
20:30 | CAD – GDP (MoM) (Feb) | 0.6% | 0.1% | – |
21:45 | USD – Chicago PMI (Apr) | 57.7 | 56.4 | – |
22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr) | 98.0 | 98.0 | – |
01:00 | Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count | 688 | – | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD telah memecah keluar dari paras atas lingkungan harga dan ini memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Pemecahan pada tahap rintangan 1.2915 akan mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kenaikannya.
Tahap rintangan: 1.2915, 1.2980
Tahap sokongan: 1.2855, 1.2770
EURUSD
EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun dan ia telah melantun berdekatan dengan tahap sokongan 1.0850 baru-baru ini. Lantunan tersebut mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek ke sasaran tahap rintangan 1.0890. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi segi tiga tersebut.
Tahap rintangan: 1.0890, 1.0920
Tahap sokongan: 1.0850, 1.0820
USDJPY
USDJPY, H4: USDJPY didagang dengan lebih nipis selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.30. Petunjuk MACD masih berlegar di luar momentum menaik mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Pelebaran jarak diantara kedua-dua garisan MA mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kenaikannya untuk jangka panjang.
Tahap rintangan: 111.30, 111.75
Tahap sokongan: 110.60, 110.15
CrudeOIL
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawah saluran. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 49.40 akan mencadangkan harga minyak mentah untuk menaik selanjutnya ke paras atas saluran selepas itu.
Tahap rintangan: 49.40, 49.80
Tahap sokongan: 48.95, 48.20
GOLD
GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini sedang menguji di paras bawah segi tiga tersebut. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Namun, lantunan daripada paras ini akan mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi di dalam segi tiga tersebut selepas itu.
Tahap rintangan: 1267.45, 1274.00
Tahap sokongan: 1260.85, 1251.45