83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Jun 2017                         Analisis Harian

 

Dolar A.S. meneruskan kerugian, euro melangkah ke hadapan.

                Dolar A.S. telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan lonjakan pada mata wang euro selepas Bank Pusat Eropah (ECB) memberikan isyarat untuk mengurangkan kelonggaran dasar mereka manakala Pengerusi Bank Pusat Janet Yellen mengulangi keperluan untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran. Indeks dolar telah menjunam sebanyak 1.06% ke 96.08, paras terendah sejak 6hb Oktober. Dolar telah meneruskan kerugiannya selepas Yellen tidak menawarkan pandangan baru mengenai dasar kewangan mereka sambil menegaskan bahawa ia adalah wajar untuk meningkatkan kadar faedah secara beransuran sehingga mencapai tahap yang mungkin dikekalkan untuk jangka panjang. Di rantau lain, euro disebut niaga berdekatan dengan paras tinggi sepuluh bulan di $1.1340 berbanding dengan dolar A.S. selepas Presiden ECB Mario Draghi memberikan isyarat agresif. Beliau menyatakan bahawa faktor yang menjejaskan tekanan inflasi di zon EU adalah untuk sementara waktu dan menambah bahawa bank tersebut bakal memantau akan situasinya. Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi masih berada di atas trendnya dan ia telah diagihkan dengan baik di seluruh kawasan euro. Walaubagaimanapun, beliau mengulas bahawa rangsangan ekonomi masih diperlukan dan pengurangan pada stimulus tersebut perlu dipertikaikan dengan teliti.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.66% ke $43.95 selepas laporan industri menunjukan peningkatan pada inventori bahan api di A.S. yang telah menambahkan kebimbangan terhadap kelebihan bekalan yang telah berlanjut untuk tiga tahun. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.21% ke $1,249.06 selepas dolar A.S. meneruskan kelemahannya sehingga mencapai paras rendah tujuh bulan. Namun, peningkatan pada harga emas masih menerima hadnya selepas prospek pasaran masih tinggi untuk kenaikan kadar faedah pada masa depan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

15:30                     USD                                      FOMC Member Williams Speaks

21:30                     GBP                                      BoE Gov Carney Speaks

21:30                     CAD                                      BoC Gov Poloz Speaks

21:30                     EUR                                      ECB President Draghi Speaks

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (May) -1.3% 0.8%
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -2.451M -2.585M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk meningkat selanjutnya. Namun, pengunduran dari tahap rintangan 1.2830 baru-baru ini mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2830, 1.2890

Tahap sokongan: 1.2780, 1.2735

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Kedua-dua garisan tersebut yang masih melebarkan jarak ke atas mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.1350.

 

Tahap rintangan: 1.1350, 1.1390

Tahap sokongan: 1.1300, 1.1255

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan ia telah menutup niaga di atas tahap rintangan kukuh iaitu 111.80 baru-baru ini. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke atas mencadangkan USDJPY untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 112.70.

 

Tahap rintangan: 112.70, 113.90

Tahap sokongan: 111.80, 110.95

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk meningkat selanjutnya. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke atas mencadangkan harga minyak mentah untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan 44.40.

 

Tahap rintangan: 44.40, 45.85

Tahap sokongan: 43.15, 42.00

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1243.00 dan kini sedang menguji di garisan trend menurun. Pemecahan dari garisan tersebut akan mencadangkan harga emas untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 1258.90.

 

Tahap rintangan: 1250.10, 1258.90

Tahap sokongan: 1243.00, 1235.95