83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Julai 2017                       Analisis Harian

 

Mampukah GDP mengukuhkan dolar semula?

                Yen Jepun ditawarkan dengan lebih tinggi pada hari Jumaat berikutan dengan pembebasan data ekonomi yang meliputi harga pengguna dan perbelanjaan isi rumah. Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.26% ke 110.96. Di Jepun, perbelanjaan isi rumah menunjukan peningkatan sebanyak 2.3% pada bulan Jun dan ia melebihi jangkaan dengan hanya 0.6%. Selain itu, tekanan inflasi yang lebih tinggi dapat dilihat dengan Tokyo Core CPI yang mencecah 0.2% manakala CPI negara masih kekal rendah dengan 0.4%. Bacaan yang terkini ini adalah sejajar dengan unjuran Bank Pusat Jepun selepas mereka mengumumkan untuk memperpanjangkan tempoh masa bagi mencapai sasaran inflasi 2% pada mesyuarat yang lalu. Sebaliknya, dolar A.S. berlegar di dalam lingkungan yang ketat walaupun data ekonomi yang bercampuran memberi isyarat kepada kemelesetan ekonomi. Data barangan tahan lama yang optimistik telah mengimbangi pesimisme di pasaran buruh selepas tuntutan pengangguran tersasar daripada jangkaan. Sentimen tersebut telah menyokong dolar untuk melantun dari paras rendah 14 bulan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sedikit sebanyak 0.08% ke $49.00 sementara isyarat lanjut mengenai permintaan minyak akan menjadi pemangkin utama bagi momentumnya. Pada masa yang sama, harga emas disebut niaga berhampiran $1,259.32 sementara para pelabur menunggu pembebasan data pertumbuhan ekonomi A.S. pada malam nanti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Jul) 0.2% 0.2%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 1.4% 2.6%
20:30 CAD – GDP (MoM) (May) 0.2% 0.2%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) 93.1 93.1
01:00 Crude Oil – Baker Hughes Oil Rig Count 764

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik yang menyempit berikutan dengan lantunan dari paras bawahnya. Penunjuk Stochastic Oscillator yang mula membentuk isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikan dan menuju ke sasaran 1.3100.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3160

Tahap sokongan: 1.3050, 1.3000

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan menutup di atas garisan 20-MA (merah). Pergerakan harga tersebut mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi dan menguji semula di tahap rintangan 1.1720.

 

Tahap rintangan: 1.1720, 1.1815

Tahap sokongan: 1.1620, 1.1540

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menaik dan kini sedang menguji di tahap sokongan kukuh iaitu 110.85. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup di bawah 110.85.

 

Tahap rintangan: 111.85, 112.85, 114.30

Tahap sokongan: 110.85, 110.00

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke atas mencadangkan harganya untuk menuju ke sasaran 50.00.

 

Tahap rintangan: 50.00, 51.50

Tahap sokongan: 48.50, 47.00

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1261.10 akan mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan ke sasaran berikut di 1270.00.

 

Tahap rintangan: 1261.10, 1270.00

Tahap sokongan: 1250.30, 1239.55