83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 September 2017                           Analisis Harian

 

Dolar A.S. melonjak, data seterusnya di pantau rapi!

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sambil berlegar berhampiran paras tinggi sebulan di 93.40 selepas ia mencatat keuntungan sebanyak 1.3% di dalam minggu ini. Momentum tersebut telah didorong selepas Presiden A.S. Donald Trump membentangkan cadangan beliau untuk memangkas kadar cukai bagi rakyat Amerika. Namun, pelan tersebut telah menerima kritikan yang lebih menyeluruh oleh kerana ia hanya memberi manfaat kepada golongan orang kaya dan syarikat di A.S. serta ia boleh menyebabkan defisit sebanyak beberapa trilion dolar di masa hadapan. Sementara itu, data yang positif mengenai pesanan barangan tahan lasak di A.S. telah memberikan sokongan yang selanjutnya kepada indeks dolar yang juga telah mendorong bon perbendaharaan 10 tahun A.S. untuk mencapai paras tertinggi sejak 1hb Ogos di 2.316%. Walaubagaimanapun, sesetengah para strategi mengulas bahawa dolar A.S. masih jauh dari melakukan pemulihan yang ketara untuk setakat ini. Beberapa data dari A.S. baka ditumpu oleh orang ramai seperti Personal Consumption Expenditures (PCE) Price Index dan laporan pekerjaan untuk mengukur kekukuhan mata wang dolar.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah susut sebanyak 0.33% ke paras $51.97 selepas inventori minyak di A.S. menurun lebih daripada jangkaan namun dikaburi oleh peningkatan yang mendadak pada pengeluaran domestik minyak mereka. Selain itu, harga emas menjunam sebanyak 1.02% ke $1,284.45 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar yang telah dicetuskan oleh prospek yang lebih tinggi untuk kenaikan kadar faedah serta penyelarasan sistem cukai oleh Trump.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

04:00                     NZD                                        RBNZ Rate Statement

07:00                     USD                                        FOMC Member Rosengren Speaks

14:35                     JPY                                          BoJ Govenor Kuroda Speaks

16:15                     GBP                                        BoE Govenor Carner Speaks

21:45                     USD                                        FOMC Member George Speaks

22:15                     USD                                        FOMC Member Stanley Fischer Speaks

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Mas Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
04:00 NZD – RBNZ Interest Rate Decision 1.75% 1.75% 1.75%
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Sep) 0.1% 0.1%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 3.0% 3.0%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 259K 270K

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun dan kini sedang menguji di tahap sokongan 1.3375. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan bias menurun yang selanjutnya kepada pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya ke sasaran berikut di 1.3255.

 

Tahap rintangan: 1.3470, 1.3645

Tahap sokongan: 1.3375, 1.3255


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.1845. Pembentukan silang kematian oleh kedua-dua garisan MA mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan momentum menurunnya dan menuju ke tahap sokongan di 1.1705.

 

Tahap rintangan: 1.1845, 1.2070

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1595

 


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.65. Pasangan tersebut kini sedang menguji di sasaran 113.00. Pemecahan dari tahap ini akan mencadangkan bias menaik kepada USDJPY untuk meneruskan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 114.30.

 

Tahap rintangan: 113.00, 114.30

Tahap sokongan: 111.65, 110.00

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah sedang didagang di dalam segi tiga menyempit. Pemecahan dari paras atas atau bawah segi tiga diperlukan untuk menentukan isyarat yang lebih jelas mengenai pergerakan harga dan arah alirannya.

 

Tahap rintangan: 52.30, 52.80

Tahap sokongan: 51.60, 50.75

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1281.00. Pembentukan candlestick pinbar dan MACD histogram yang mula untuk susur ke atas mencadangkan harga emas untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1289.45.

 

Tahap rintangan: 1289.45, 1299.00

Tahap sokongan: 1281.00, 1272.00