28 September 2018 Analisis Sesi Pagi
Fed yang hawkish memacu kenaikan dolar.
Dolar AS meningkat ke paras tinggi dua minggu berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas Bank Pusat AS (Fed) meningkatkan kadar faedah seperti di dalam jangkaan, ditambah pula dengan data ekonomi AS yang positif. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.12% ke paras 94.156 semasa sesi Asia. Semalaman, Fed meningkatkan kadar faedah mereka seperti yang dijangkakan sambil memberikan ramalan ekonomi yang optimistik ke atas AS. Selain itu, Bureau of Economy Analysis AS telah melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) telah meningkat di dalam jangkaan sebanyak 4.2%. Data tersebut telah mengesahkan ramalan Fed bahawa ekonomi akan bertumbuh secara beransur-ansuran sambil meningkatkan sentimen optimistik para pelabur. Sebaliknya, pasangan USD/CAD merosot sebanyak 0.05% ke 1.3035 pada pagi tadi. Dolar Kanada telah menerima permintaan yang lebih tinggi selepas Gabenor Bank Pusat Kanada Stephen Poloz mengatakan bahawa mereka akan meningkatkan kadar secara beransur-ansuran sekiranya perjanjian NAFTA mencungkil hasil yang positif.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.08% ke $72.42 setong dan mengalami pengunduran selepas ia mencapai paras tinggi 4 tahun pada semalam. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,183.19 se troy auns berlatarbelakangkan isyarat hawkish dari Fed.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Data
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Data
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:45 | CNY – Caixin Manufacturing PMI (Sep) | 50.6 | 50.5 | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Sep) | -8K | -9K | – |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q2) | 0.4% | 0.4% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Sep) | 2.0% | 2.1% | – |
| 20:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Aug) | 0.2% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – Personal Spending (MoM) (Aug) | 0.4% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Personal Income (MoM) (Aug) | 0.3% | 0.4% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Jul) | 0.0% | 0.1% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Sep) | 100.8 | 100.5 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 866 | – | – |
Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 94.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 94.65.
Tahap rintangan: 94.65, 95.00
Tahap sokongan: 94.00, 93.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3100. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3055.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3145
Tahap sokongan: 1.3055, 1.2985

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1675. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.1605.
Tahap rintangan: 1.1675, 1.1730
Tahap sokongan: 1.1605, 1.1550

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 113.40. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas selepas pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran bullish.
Tahap rintangan: 113.70, 114.00
Tahap sokongan: 113.40, 113.05

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rintangan 0.7200. MACD yang memaparkan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7240
Tahap sokongan: 0.7200, 0.7175

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji di 0.6615. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6615.
Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6615, 0.6540

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3050. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3100
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2955

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang secara tipis berhampiran dengan tahap sokongan 0.9760. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya pada jangka pendek selepas ia memecahkan sasaran di 0.9760.
Tahap rintangan: 0.9810, 0.9850
Tahap sokongan: 0.9760, 0.9710

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menaik sementara kini sedang menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 72.50, 73.40
Tahap sokongan: 71.75, 71.15

GOLD_, H4: Harga emas telah menjunam secara mendadak selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1192.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harga komoditi ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1177.00.
Tahap rintangan: 1184.00, 1192.00
Tahap sokongan: 1177.00, 1171.80