28 September 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar mengukuhkan kedudukan selepas komen kenaikan kadar.
Indeks dolar telah mengukuhkan kedudukannya semasa sesi awal dagangan Eropah selepas ia melonjak ke paras tinggi dua minggu di tengah-tengah Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell menyatakan bahawa keniakan kadar secara beransur-ansur merupakan salah satu cara yang baik untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.06% ke 94.56 semasa penulisan. Kenyataan Powell telah dilepaskan selepas kenaikan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini dan mereka dijangka untuk mengikuti jadual kenaikan kadar yang lebih lanjut pada tahun depan. Dengan sentimen positif yang menyelubungi dolar pada minggu ini, para pelabur telah mengalihkan portfolio mereka ke arah dolar dan tindakan tersebut telah mendorong kepada kenaikan harga dolar. Dalam berita lain, dolar Australia berjaya memulihkan kekuatannya di tengah-tengah data ekonomi Private Sector Credit untuk bulan Ogos di mana datasebener 0.5% dilaporkan lebih tinggi berbanding dengan data jangkaan 0.4%.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.10% ke $72.24 setong di tengah-tengah ketidakpastian mengenai potensi impak ke atas bekalan mentah secara global akibat sekatan ke atas negara Iran. Sebaliknya, harga emas telah menjunam sebanyak 0.06% ke $1,181.90 se troy auns sementara dolar meneruskan momentum menaiknya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Data
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Data
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q2) | 0.4% | 0.4% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Sep) | 2.0% | 2.1% | – |
| 20:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Aug) | 0.2% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – Personal Spending (MoM) (Aug) | 0.4% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Personal Income (MoM) (Aug) | 0.3% | 0.4% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Jul) | 0.0% | 0.1% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Sep) | 100.8 | 100.5 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 866 | – | – |
Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 94.50. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan bias bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 94.80.
Tahap rintangan: 94.80, 95.50
Tahap sokongan: 94.50, 93.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji dekat tahap sokongan 1.3065. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap sokongan 1.3065.
Tahap rintangan: 1.3180, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3065, 1.2975

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1680. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1615.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1730
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1530

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 113.55. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 113.00.
Tahap rintangan: 113.55, 114.15
Tahap sokongan: 113.00, 112.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji dekat tahap rintangan 0.7215. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pengunduran dari tahap rintangan 0.7215.
Tahap rintangan: 0.7215, 0.7295
Tahap sokongan: 0.7135, 0.7090

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 0.6635. Pengerakan harga terkini dan MACd yang memaparkan isyarat bearish yang berterusan mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6595.
Tahap rintangan: 0.6635, 0.6690
Tahap sokongan: 0.6595, 0.6540

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3065. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3155
Tahap sokongan: 1.2975, 1.2900

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang secara tipis berhampiran dengan tahap sokongan 0.9755. MACD yang memaparkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya untuk jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9810, 0.9875
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9700

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menaik sementara menguji berhampiran tahap tengah sesi tiga. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan pada tahap tinggi segi tiga dan tahap rintangan 72.40.
Tahap rintangan: 72.40, 73.00
Tahap sokongan: 71.25, 70.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1186.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan pada tahap sokongan 1180.50.
Tahap rintangan: 1186.80, 1191.10
Tahap sokongan: 1180.50, 1173.60