28 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Sterling menjunam selepas komen Trump.
Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama yang lain sambil mengetepikan data ekonomi yang suram selepas pound sterling dijual secara mendadak. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.30% ke paras 97.22 semasa awal sesi dagangan Asian. Dari segi ekonomi, Indeks Keyakinan Pengguna dari Conference Board untuk bulan November telah menurun ke paras 135.7, tersasar daripada jangkaan ekonomis iaitu 135.9. Data tersebut adalah penyumbang utama kepada aktiviti ekonomi serta kadar inflasi oleh kerana ia juga mengukur kadar perbelanjaan pengguna. Sementara itu, dolar AS telah menerima sokongan menaik yang lebih lanjut berikutan dengan komen bertentangan dari Timbalan Pengerusi Bank Pusat AS Richard Clarida. Menurut kepada Clarida, beliau memberi sokongan untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran sambil menegaskan bahawa mereka belum mencapai konsensus mengenai kadar neutral semasa. Sementara itu, pound sterling menerima tekanan menurun yang ketara pada semalam berikutan dengan isyarat yang pesimistik mengenai Brexit. Menurut kepada laporan, Presiden AS Donald Trump mengulas bahawa perjanjian Brexit diantara UK dan EU bakal menjejaskan perkembangan perdagangan diantara UK dengan AS. Isyarat tersebut telah menghamparkan sentimen pasaran terhadap transisi Brexit. Semasa sesi Asia, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.04% ke 1.2741.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya sebanyak 0.19% ke $51.90 setong. Harga komoditi ini telah menerima tekanan menurun sementara para pelabur menunggu mesyuarat OPEC yang akan datang bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai pemotongan kadar pembekalan. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.08% ke $1,214.05 se troy auns berlatarbelakangkan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
01:00 (29hb) USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – GDP (QoQ)(Q3) | 3.5% | 3.6% | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Oct) | 553K | 583K | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.851M | 0.769M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 97.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.40.
Tahap rintangan: 97.40, 97.80
Tahap sokongan: 97.00, 96.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2770. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2690.
Tahap rintangan: 1.2770, 1.2895
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2570

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah 1.1310. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1265.
Tahap rintangan: 1.1310, 1.1360
Tahap sokongan: 1.1265, 1.1220

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 113.70.
Tahap rintangan: 113.85, 114.20
Tahap sokongan: 113.70, 113.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7215. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7215, 0.7170

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 0.6795, 0.6815
Tahap sokongan: 0.6775, 0.6745

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3320.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3210

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9930

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 53.90, 55.35
Tahap sokongan: 49.50, 47.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1220.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia menutup di bawah sasaran 1212.00.
Tahap rintangan: 1215.95, 1220.00
Tahap sokongan: 1212.00, 1206.00