83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Januari 2019                  Analisis Sesi Tengah Hari

 

Isu Huawei meningkat, permintaan Yen Jepun melonjak.

Aset selamat Yen Jepun menerima permintaan yang lebih tinggi pada hari Selasa selepas Jabatan Kehakiman AS menuduh Huawei Technologies Co Ltd dari China dengan penipuan. Pengumuman tersebut telah meningkatkan ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Kerajaan AS mengumumkan pada semalam untuk mengecam Ketua Pegawai Kewangan Huawei dan dua sekutunya dengan penipuan wayar bank kerana melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Iran. Para pelabur khuatir bahawa dakwaan tersebut akan merumitkan lagi perbincangan perdagangan peringkat tinggi di mana Perdana Menteri China Liu He akan bertemu dengan wakil AS Robert Lighthizer pada esok. Sebaliknya, dolar masih menerima tekanan menurun sementara para pelabur menunggu keputusan dasar kewangan dari Bank Pusat AS (Fed). Para pelabur memberi jangkaan secara meluas bahawa Fed akan mengambil sikap yang lebih berjaga-jaga mengenai dasar kewangan memandangkan data ekonomi dan laporan pendapatan korporat memberikan petanda kemelesetan. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.09% ke 109.23 manakala indeks dolar susut sebanyak 0.01% ke 95.35.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.10% ke $51.93 setong. Harga minyak menerima sokongan bullish selepas pentadbiran Trump mengenakan beberapa siri sekatan ke atas syarikat minyak mentah kerajaan Venezuela bagi menyekat eksportnya ke AS. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,303.99 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – CB Consumer Confidence (Jan) 128.1 124.7
05:30 (30hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 6.550M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran sisi diantara 95.60 dan 95.30. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 95.60, 95.75

Tahap sokongan: 95.30, 95.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3230. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3125.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3125, 1.2990

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1435. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.1435.

 

Tahap rintangan: 1.1435, 1.1485

Tahap sokongan: 1.1390, 1.1350

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.35, 109.90

Tahap sokongan: 108.95, 108.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran sisi di dalam lingkungan 0.7220 dan 0.7115. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7220, 0.7255

Tahap sokongan: 0.7145, 0.7115

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di paras atas segi tiga menyempit tersebut. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di paras atasnya.

 

Tahap rintangan: 0.6840, 0.6890

Tahap sokongan: 0.6780, 0.6710

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3280. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9970. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9920, 0.9970

Tahap sokongan: 0.9875, 0.9815

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 51.50. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 52.80, 53.70

Tahap sokongan: 51.85, 51.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1305.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1305.40, 1313.80

Tahap sokongan: 1295.55, 1286.75