83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Mac 2017                        Analisis Harian

 

Sterling diselubungi oleh pendekatan Brexit.

Sterling Britain melanjutkan penurunan hari keduanya sebagai peserta pasaran kini memandang kepada panggilan formal UK untuk menggadai peninggalan dari Kesatuan Eropah hari ini, detik bersejarah yang mana Perdana Menteri Britain, Theresa May akan menjelaskan terma dan butiran Brexit beliau. Pasangan GBP/USD telah menurun 0.30% kepada $1.2410, tidak menjauhi dari paras terendah dalam tempoh masa seminggu pada $1.2373. Tekanan lanjut telah diletakkan di atas mata wang sterling selepas penetap kadar faedah Bank Pusat Britain, Ian McCafferty menyerlahkan pandangan lebih lemah terhadap ekonomi sambil menyatakan kebimbangan beliau mengenai undi kenaikan kadar semasa mesyuarat Bank Pusat Britain yang akan datang pada bulan May. Pada rantau lain, dolar AS ditarik lebih jauh dari paras terendah dalam tempoh masa lebih daripada 4 bulan keputusan data keyakinan pengguna yang lebih baik daripada jangkaan, yang mana menyokong jangkaan terhadap lebih kenaikan kadar faedah tahun ini. Penganalisis mengandaikan bahawa keseluruhan keyakinan terhadap ‘Trumponomics’ telah menggantikan kecewaan sebelum ini terhadap kelulusan reformasi ‘Obamacare’, memberikan sokongan lanjut kepada dolar setakat ini.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menaik 0.39% kepada $48.56 berikutan gangguan pengeluaran minyak di Libya manakala pelabur minyak kini telah mengetepikan peningkatan inventori minyak mentah AS yang lebih tinggi daripada jangkaan. Selain itu, harga emas telah menurun 0.53% kepada $1,248.69 sebagai pelabur kini sedang menantikan butiran Brexit kemudian hari ini.

 

Pasaran Cuti Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Acara Kemuncak Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
16:30 GBP – Net Lending to Individuals 4.8B 4.9B
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Feb) -2.8% 2.4%
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories 4.954M 1.357M

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD melanjutkan penurunannya berturut-turut berikutan pengunduran sebelum ini daripada tahap rintangan 1.2615 manakala harganya telah ditutup di bawah kedua-dua garisan MA. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus mengembang dan menuju ke bawah, GBPUSD dicadangkan untuk menurun selanjutnya selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan 1.2360.

 

Tahap rintangan: 1.2420, 1.2495

Tahap sokongan: 1.2360, 1.2300

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang lebih rendah berikutan pengunduran dari paras tertinggi sebelumnya pada 1.0905 manakala kini sedang berlegar di atas tahap sokongan 1.0805. Merujuk kepada garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus berlegar luar dari momentum menaik, EURUSD dicadangkan meneruskan jangka pengundurannya dan boleh didagang lebih rendah dalam jangka pendek. Untuk arah aliran bagi jangka masa lebih panjang, ia masih dicadangkan sebagai aliran menaik.

 

Tahap rintangan: 1.0850, 1.0905

Tahap sokongan: 1.0805, 1.0745

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang lebih tinggi berikutan pemulihan sebelum ini daripada tahap sokongan 110.10 manakala kedua-dua garisan MA telah membentuk corak silang emas. Penunjuk MACD pula, kedua-dua garisan pergerakan terus mengembang dan menuju ke atas, USDJPY dicadangkan untuk meneruskan kenaikannya kepada sasaran tahap rintangan seterusnya pada 111.50.

 

Tahap rintangan: 114.50, 111.80

Tahap sokongan: 111.15, 110.75

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam julat dagangan antara 49.45 dan 47.10 manakala kini sedang berlegar di sekitar tahap sokongan 48.45. Pemulihan daripada tahap sokongan 48.45 akan mencadangkan harga minyak untuk meneruskan kenaikannya dalam jangka masa pendek. Untuk arah aliran bagi jangka masa lebih panjang hanya boleh ditentukan selepas ia memecah keluar dari salah satu belah julat dagangannya.

 

Tahap rintangan: 49.45, 50.10

Tahap sokongan: 48.45, 47.85, 47.10

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang lebih rendah berikutan pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA manakala harganya kini sedang berlegar di atas tahap sokongan 1247.85. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus mengembang ke bawah, harga emas dicadangkan untuk melanjutkan penurunannya selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan 1247.85.

 

Tahap rintangan: 1252.80, 1260.90

Tahap sokongan: 1247.85, 1243.80