83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Mei 2017                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mei 29 – Jun 2

Kajian Pasaran (Forex): Mei 22 – 26

Dolar A.S.

Dolar A.S. ditawarkan dengan lebih tinggi berbanding dengan enam mata wang utama yang lain pada Jumaat lalu selepas data menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi di A.S. telah diselaraskan ke bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.2% ke 97.33 selepas ia mencecah paras tinggi seminggu di 97.47.

 

Ekonomi di A.S. telah bertumbuh dengan lebih pantas daripada jangkaan untuk suku pertama tahun ini. Bacaan terkini menunjukan bahawa Gross Domestic Product meningkat sebanyak 1.2%, lebih tinggi daripada ramalan sebelumnya dengan 0.7%. Walaupun bacaan tersebut adalah bacaan paling lemah sejak suku pertama tahun lalu, para ekonomis menjangka bahawa ekonomi mereka akan melantun kembali bagi suku kedua tahun ini.

 

Sebelum pembebasan data tersebut, dolar telah mengalami tekanan yang menyeluruh selepas minit mesyuarat dari Bank Pusat A.S. memberikan sentimen pesimis yang telah mengecewakan para pelabur yang mengharapkan prospek yang lebih agresif mengenai kenaikan kadar faedah yang seterusnya.

 

 

US Gross Domestic Product

—– Ramalan

GDP A.S. bagi suku pertama telah memberi bacaan 1.2%, lebih tinggi daripada sebelumnya iaitu 0.7%.

 

 

USD/JPY

Yen Jepun disokong selanjutnya selepas USD/JPY menurun sebanyak 0.43% ke 111.34.

 

 

EUR/USD

Euro didagang dengan lebih lemah selepas EUR/USD susut sebanyak 0.26% ke $1.1182.

 

 

GBP/USD

Pound sterling menjunam ke paras rendah sebulan selepas GBP/USD menurun sebanyak 1.1% ke $1.2798. Mata wang tersebut menerima tekanan selepas kaji selidik semasa menunjukan bahawa sokongan kepada Parti Buruh makin meningkat apabila dibandingkan dengan Parti Konservatif sebelum pilihan raya pada 8hb Jun nanti.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 22 – 26

GOLD

Harga emas meningkat ke paras tinggi sebulan pada hari Jumaat selepas ketidaktentuan politik dan ekonomi masih menyokong permintaan untuk aset tersebut. Harga logam emas meningkat sebanyak 0.82% ke $1,266.65 sambil mencatat keuntungan sebanyak 1.16% untuk minggu lalu. Harganya ditawarkan dengan lebih tinggi walaupun dolar A.S. melantun kembali selepas data ekonomi menunjukan pertumbuhan ekonomi yang ketara untuk suku pertama.

 

Permintaan untuk aset ini masih kukuh selepas prospek untuk rangsangan stimulus dari pentadbiran Trump makin pudar berikutan dengan ketidaktentuan politik di Washington. Para pelabur telah kurang yakin dengan keadaan di A.S. oleh kerana sistem politik mereka berkemungkinan untuk dilanda dengan krisis dan ia bakal melambatkan sebarang usaha untuk meluluskan rang undang-undang seperti penyelarasan sistem cukai dan perbelanjaan awam yang tinggi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah diniagakan dengan lebih tinggi pada Jumaat lalu selepas ia melantun dari paras rendah sebelumnya akibat menjunam sebanyak 5% selepas kenyataan OPEC dilepaskan. Harga minyak meningkat sebanyak 1.9% atau 90 cents dan menutup minggu lalu di $49.80 setong. Untuk minggu tersebut, ia telah mengurangkan kerugiannya ke paras 2% selepas ia menjunam pada hari Khamis setelah mesyuarat OPEC bersurai.

 

OPEC dan para pengeluar yang lain telah bersetuju untuk melanjutkan pelan pembekuan mereka sehingga ke akhir suku pertama 2018. Namun, keputusan tersebut adalah berada di dalam jangkaan kebanyakan para pelabur manakala sesetengah daripada mereka mengharapkan OPEC untuk meningkatkan lagi kadar pemotongannya bagi mengurangkan kelebihan stok global yang makin bertambah. Untuk setakat ini, pelan pembekuan yang telah dilaksanakan sejak awal tahun ini gagal untuk mengurangkan paras inventori global selepas para pengeluar yang tidak terbabit seperti Libya, Nigeria dan Amerika Syarikat meningkatkan pengeluaran harian mereka.

 

Selain itu, pembekal servis Baker Hughes menunjukan bahawa sektor penggerudian di A.S. telah menambahkan bilangan pelantar minyak untuk minggu ke-19 berturut-turut pada Jumaat lalu. Bilangannya telah bertambah sebanyak 2 dan kini ia berada di paras tertinggi sejak April 2015 dengan 722.


 

U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 2 dan jumlah keseluruhan kini di paras 722.

 

 

Pandangan Mingguan: Mei 29 – Jun 2

Bagi minggu ini, para peserta pasaran akan memberi fokus kepada laporan yang dinanti-nantikan iaitu Nonfarm Payrolls bagi mendapatkan isyarat selanjutnya mengenai tempoh kenaikan kadar faedah yang seterusnya di dalam tahun ini, Bagi zon Eropah, pelabur akan memantau bacaan inflasi bulanan bagi menentukan sama ada Bank Pusat Eropah bakal mengurangkan program kuantitatif mereka memandangkan prestasi ekonomi telah bertambah baik.

 

Bagi pasaran minyak, para pedagang akan menunggu bacaan terkini dari A.S. mengenai inventori minyak mentah dan bahan bakar pada hari Rabu dan Khamis bagi melihat prestasi permintaan minyak dari negara A.S.

 

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mei 29 – Jun 2

Isnin, Mei 29  

Data

N/A

 

Acara

ECB President Draghi Speaks

 

Selasa, Mei 30  

Data

AUD – Building Approvals (MoM) (Apr)

EUR – German CPI (MoM) (May)

USD – Personal Spending (MoM) (Apr)

USD – CB Consumer Confidence (May)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Mei 31  

Data

CNY – Manufacturing PMI (May)

CNY – Non-Manufacturing PMI (May)

EUR – German Unemployment Change (May)

GBP – Net Lending to Individuals

EUR – CPI (YoY) (May)

CAD – GDP (MoM) (Mar)

USD – Chicago PMI (May)

USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr)

Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock

 

Acara

NZD – RBNZ Gov Wheeler Speaks

 

Khamis, Jun 1  

Data

AUD – Private New Capital Expenditure (QoQ) (Q1)

AUD – Retail Sales (MoM) (Apr)

CNY – Retail Sales (MoM) (Apr)

EUR – German Manufacturing PMI (May)

GBP – Manufacturing PMI (May)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (May)

USD – Initial Jobless Claims

USD – ISM Manufacturing PMI (May)

Crude Oil – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, Jun 2

 

 

Data

GBP – Construction PMI (May)

USD – Nonfarm Payrolls (May)

USD – Unemployment Rate (May)

USD – Trade Balance (Apr)

CAD – Trade Balance (Apr)

Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A

 

 

 

 

Analisis Teknikal Mingguan: Mei 29 – Jun 2

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut. Ini mencadangkan indeks dolar untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek ke sasaran tahap rintangan di 98.35.

 

Tahap rintangan: 98.35, 99.65

Tahap sokongan: 97.10, 95.30


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi 1.3045 dan kini sedang menguji di tahap sokongan 1.2795. Merujuk kepada MACD histogram yang kini memaparkan isyarat dan momentum menurun yang ketara mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan penurunannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.2795.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3180

Tahap sokongan: 1.2975, 1.2640

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini sedang menguji di paras bawah segi tiga tersebut. Penutupan niaga di atas garisan 60-moving average (hijau) baru-baru ini mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek ke sasaran tahap rintangan 112.15.

 

Tahap rintangan: 112.15, 113.40

Tahap sokongan: 110.60, 108.10

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1260. MACD histogram kini mula untuk memaparkan isyarat menurun mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan penurunannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.1145.

 

Tahap rintangan: 1.1260, 1.1365

Tahap sokongan: 1.0975, 1.0850

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah memecah keluar dari paras atas segi tiga menyempit baru-baru ini, memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menaik yang ketara mencadangkan harga emas untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1273.70.

 

Tahap rintangan: 1273.70, 1295.15

Tahap sokongan: 1244.85, 1216.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menaik yang makin menyusut, harga minyak dicadangkan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia menutup niaganya di bawah garisan 60-moving average (hijau).

 

Tahap rintangan: 50.00, 52.00

Tahap sokongan: 48.45, 47.00