29 Mei 2018 Analisis Harian
Euro menyerahkan diri kepada risiko politik.
Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi walaupun dua pasaran utama ditutup pada semalam susulan dengan risiko politik di dalam zon Eropah yang makin meningkat. Indeks dolar mencatat keuntungan sebanyak 0.24% sambil memuncak di paras tinggi 6 bulan yang baru iaitu 94.38 semasa sesi Asia tadi. Euro telah dijual dengan ketara selepas bekas pengarah IMF Carlo Cottarelli dilantik sebagai Perdana Menteri sementara di Itali. Pelantikan beliau diumumkan ditengah-tengah pergolakan politik dan perlembagaan selepas dua parti anti-penubuhan telah meninggalkan rancangan mereka untuk membentuk kerajaan gabungan selepas ketua negara menghalang pencalonan pilihan mereka bagi menteri kewangan. Risiko politik di Itali serta tuduhan rasuah ke atas Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy berkemungkinan untuk menyebabkan kemunduran dalam pertumbuhan ekonomi Kesatuan Eropah dan sekali gus menyebabkan sentimen para pelabur ke atas Euro semakin merosot. Pasangan EUR/USD mencatat kerugian sebanyak 0.27% dan berlegar di paras rendah enam bulan iaitu $1.1623.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.54% ke $66.92 namun keuntungan yang dicatat adalah masih terhad sementara para pelabur memantau kemungkinan Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) dan Russia dalam membatalkan perjanjian had pembekalan minyak harian. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,297.50 berikutan dengan kekukuhan dolar yang menurunkan penampilan aset tersebut bagi para pelabur yang menggunakan mata wang lain.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 USD FOMC Member Bullard Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (May) | 128.7 | 128.2 | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. Penyusutan momentum menaik dari MACD histogram mencadangkan bearish bias. Namun, pemecahan dari tahap sokongan yang kukuh di 1.3300 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.3345, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3215
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menurun menyempit. Kedua-dua garisan MA yang masih susur ke bawah mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran bearish dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1600.
Tahap rintangan: 1.1665, 1.1700
Tahap sokongan: 1.1600, 1.1500
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah memecah keluar dari paras bawah saluran menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. MACD histogram yang telah membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 108.85.
Tahap rintangan: 109.40, 110.00
Tahap sokongan: 108.85, 108.30
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 65.75. Penyusutan momentum menurun dari MACD histogram mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan aliran bearish selepas itu.
Tahap rintangan: 67.40, 68.30
Tahap sokongan: 65.75, 64.05
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas masih didagang dengan aliran menaik sementara kini sedang menguji di tahap rintangan yang kukuh iaitu 1300.00. MACD histogram dan Stochastic Oscillator memaparkan isyarat menaik mencadangkan bias bullish. Namun, pemecahan dari 1300.00 adalah diperlukan untuk mengesahkan bias tersebut.
Tahap rintangan: 1300.00, 1308.00
Tahap sokongan: 1296.00, 1288.50