83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Mei 2023                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak selepas perjanjian siling hutang tentatif dicapai.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melanjutkan keuntungannya pada sesi dagangan pagi kerana pencapaian perjanjian tentatif dalam meningkatkan siling hutang menghapuskan kebimbangan pasaran terhadap risiko mungkir. Semalam, Presiden AS Joe Biden dan speaker Dewan Kevin McCarthy pada dasarnya bersetuju dengan perjanjian tentatif yang akan meningkatkan had hutang sementara mengehadkan beberapa perbelanjaan persekutuan pada tahap semasa. Secara terperinci, perjanjian itu akan menggantung siling hutang sehingga Januari 2025. Walaupun perjanjian itu akan mengelakkan kegagalan kestabilan yang teruk, tetapi masih terdapat jalan yang sukar di mana ia perlu melalui Kongres sebelum AS kehabisan wang untuk membayar balik hutangnya sebelum 5hb Jun. Dewan dan Senat dijangka kembali pada hari Rabu selepas Hari Peringatan. McCarthy berkata Dewan perwakilan akan mengundi pada hari Rabu dan kemudian menghantar rang undang-undang itu kepada Dewan Senat. Rang undang-undang itu akan diluluskan oleh Joe Biden selepas kelulusan diberikan daripada majoriti Senator. Jika semuanya berjalan lancar, AS akan dapat mengelakkan potensi lalai menjelang 5 Jun. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.05% ke 104.25.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.43% ke $73.25 setong kerana perjanjian tentatif menaikkan had hutang telah memberikan prospek yang lebih cerah kepada komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.03% ke $1945.20 setiap troy auns kerana risiko kredit jatuh dengan ketara selepas perjanjian dicapai antara Joe Biden dan McCarthy.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

Sepanjang hari    USD                                        Memorial Day

Sepanjang hari    GBP                                        Bank Holiday

Sepanjang hari    CHF                                         Pentecost

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.00, 100.65

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2300. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2405, 1.2525

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2200

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.0770. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0665.

 

Tahap rintangan: 1.00770, 1.0915

Tahap sokongan: 1.0665, 1.0575

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 138.95. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 141.60.

 

Tahap rintangan: 141.60, 144.85

Tahap sokongan: 138.95, 137.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6565. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6425.

 

 

Tahap rintangan: 0.6565, 0.6675

Tahap sokongan: 0.6425, 0.6285

 

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6040. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6150, 0.6290

Tahap sokongan: 0.6040, 0.5925

 

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3635. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3635, 1.3730

Tahap sokongan: 1.3565, 1.3485

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9075. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9075, 0.9160

Tahap sokongan: 0.9000, 0.8865

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 73.90.

 

Tahap rintangan: 73.90, 77.15

Tahap sokongan: 70.15, 66.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1951.60, 1980.00

Tahap sokongan: 1889.55, 1839.40