29 Jun 2017 Analisis Harian
Gabenor meniup wisel agresif, dolar merosot selanjutnya.
Dolar A.S. telah melanjutkan kerugiannya terhadap enam mata wang utama yang lain berikutan dengan lonjakan pada kedua-dua mata wang pound sterling dan dolar Kanada selepas gabenor dari bank pusat masing-masing memberikan isyarat yang lebih agresif. Indeks dolar menurun sebanyak 0.02% dan disebut niaga berdekatan 95.65 semasa sesi dagangan Asia. Kenyataan agresif dari kedua-dua gabenor bank pusat tersebut mengenai dasar kewangan telah memberi tekanan pada dolar A.S. untuk mengalami kerugian bagi hari kedua selepas spekulasi makin hangat di mana Bank Pusat England (BoE) dan Bank Pusat Canada (BoC) bakal mengamalkan dasar yang lebih ketat tidak lama lagi. Pound sterling melonjak sehingga paras tertinggi sejak pilihanraya di $1.2973 selepas ia melonjak lebih daripada 1% berikutan dengan Gabenor BoE Mark Carney yang telah menarik balik kenyataan terdahulu untuk tidak meningkatkan kadar faedah. Beliau memberi isyarat bahawa dasar kewangan yang longgar bakal dimansuhkan tidak lama lagi. Selain itu, pasangan USD/CAD menjunam sehingga ke paras rendah empat bulan di C$1.3009 selepas Gabenor BoC Stephen Poloz memberikan isyarat yang sama dan mengulangi bahawa mereka bakal mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar faedah oleh kerana pemotongan kadar dari tahun 2015 telah memadai. Sementara itu, dolar A.S. menerima tekanan yang selanjutnya selepas ahli Senat A.S. mengambil keputusan untuk menangguhkan pindaan rang undang-undang penjagaan kesihatan dan ia menimbulkan keraguan terhadap kemampuan pentadbiran Trump untuk melaksanakan langkah-langkah pro-pertumbuhan ekonomi.
Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.29% ke $44.87 selepas laporan menunjukan bahawa pengeluaran minyak mentah di A.S. telah susut bagi minggu lalu disebabkan oleh faktor sementara yang mungkin akan diselesaikan di dalam beberapa minggu yang akan datang. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.16% ke $1,250.03 selepas dolar A.S. mengalami penjualan akibat daripada ketidakpastian politik.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 1.2% | 1.2% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 241K | 240K | – |
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah menutup niaganya di atas garisan 60-moving average (hijau) baru-baru ini dan kini sedang menguji berhampiran tahap rintangan 1.2970. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.2970.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2825, 1.2690
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD didagang dengan aliran menaik selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Pemecahan dari tahap rintangan 1.1410 akan mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran berikut di 1.1445.
Tahap rintangan: 1.1410, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1370, 1.1325
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.80. Namun, petunjuk MACD yang mula berlegar di luar momentum menaik mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang mencadangkan USDJPY untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 112.45.
Tahap rintangan: 112.45, 113.05
Tahap sokongan: 111.80, 111.15
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Ia dicadangkan untuk melanjutkan kenaikannya selepas harganya memecahkan tahap rintangan di 45.20.
Tahap rintangan: 45.20, 46.70
Tahap sokongan: 44.20, 43.00
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas didagang secara berayun berhampiran dengan garisan aliran menurun selepas ia berundur dari garisan tersebut. Pemecahan dari garisan menurun ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk meningkat selanjutnya dan sasaran berikutnya berada di 1258.90.
Tahap rintangan: 1250.10, 1258.90
Tahap sokongan: 1243.00, 1235.95