83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat berikutan dengan data GDP.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah mencecah paras tinggi dua bulan pada Jumaat lepas berikutan dengan pembebasan data GDP AS bagi suku kedua. Menurut kepada US Bureau of Economic Analysis, pertumbuhan GDP AS adalah lebih tinggi daripada jangkaannya dengan bacaan sebanyak 2.1% berbanding dengan 1.8%. Data tersebut telah meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap dolar sementara mengurangkan jangkaan pemotongan kadar oleh Fed secara agresif. Namun, apabila data GDP dibandingkan dengan bacaan terdahulu sebanyak 3.1%, kadar pertumbuhannya memaparkan trend penyusutan. Sebahagian para pelabur bimbang bahawa penyusutan pertumbuhan bagi suku kedua berkemungkinan untuk menyebabkan Fed untuk mengubah pendirian dasar mereka semasa mesyuarat polisi pada hari Khamis ini yang bakal mengisyaratkan pemotongan kadar lebih daripada sekali sepanjang tahun ini. Kekhuatiran tersebut telah mengehadkan peningkatan dolar pada Jumaat lepas. Dalam berita lain, Yen Jepun telah mengukuhkan nilainya berbanding dengan dolar berikutan dengan data Retail Sales yang positif dengan bacaan sebanyak 0.5% berbanding dengan ramalannya sebanyak 0.2%. Pada Jumaat lepas, Jepun juga telah mengumumkan data Tokyo Core CPI dengan bacaan sebanyak 0.9% berbanding dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.8%. Kedua-dua data tersebut telah diumumkan sebelum kenyataan dasar Bank Pusat Jepun (BoJ) pada minggu ini. Dengan data positif memaparkan pertumbuhan ekonomi yang mampan di Jepun, BoJ dijangka untuk mengekalkan kadar faedah mereka pada paras yang rendah sementara para pelabur menunggu kenyataan BoJ untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.09% ke 97.60 sementara pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.20% ke 108.43.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.07% ke $56.11 setong berikutan dengan penyusutan ketegangan di Timur Tengah. Menurut kepada laporan, Oman dijangka untuk menjadi sebagai pengantara untuk selesaikan pertikaian diantara UK dan Iran. Namun, sentimen pasaran minyak masih bercampuran semasa AS melaporkan pengurangan dalam paras inventorinya pada minggu lepas sementara Baker Hughes mengurangkan 3 bilangan penggerudian minyak ke 776. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.37% ke $1423.65 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 97.55.

 

Tahap rintangan: 98.00, 98.50
Tahap sokongan: 97.55, 97.10


 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1.2375. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan 1.2440.

 

Tahap rintangan: 1.2440, 1.2510
Tahap sokongan: 1.2375, 1.2295


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1185.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1235

Tahap sokongan: 1.1120, 1.1080


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 108.60. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 108.15.

 

Tahap rintangan: 108.60, 109.05
Tahap sokongan: 108.15, 107.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6900. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6930.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6865

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6650. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke arah tahap rintangan 0.6650.

 

 

Tahap rintangan: 0.6650, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6550

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9935. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9895.

 

Tahap rintangan: 0.9935, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9895, 0.9840


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang secara rata berdekatan tahap sokongan 56.00. Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih lanjut sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 57.85, 59.25
Tahap sokongan: 56.00, 54.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan taahp rintangan 1421.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1421.40, 1437.95
Tahap sokongan: 1403.15, 1386.35