83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Julai 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Sterling menjunam susulan kemungkinan Brexit keras.

Pound sterling masih didagang dengan aliran menurun berikutan dengan risiko Brexit dan perkembangan ekonomi yang lembap di UK. Data ekonomi dari UK baru-baru ini gagal untuk memberikan sokongan menaik akibat daripada penyusutan aktiviti dari sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Selain itu, ucapan dari Perdana Menteri UK yang baru Boris Johnson adalah di dalam jangkaan dengan menegaskan untuk melaksanakan Brexit pada tarikh akhir 31hb Oktober 2019. Boris adalah seorang yang berpendirian Brexit keras dan ia telah mengurangkan penampilan sterling kepada para pelabur oleh kerana ia boleh menjejaskan perkembangan ekonomi di UK. Sekiranya berlaku Brexit keras tanpa sebarang perjanjian khas, maka tetapan perdagangan diantara UK dan EU akan diselaraskan semula dengan mengikuti garis panduan WTO (World Trade Organization) yang boleh meningkatkan tarif barangan diantara satu sama lain. Para pelabur akan memberi tumpuan utama kepada ekonomi dari UK dan perkembangan Brexit untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.07% ke 1.2372. Sementara itu, indeks dolar menurun sebanyak 0.06% ke 97.65 pada pagi ini. Dolar AS telah berundur dari paras tingginya, sementara para pelabur menunggu pembebasan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat AS yang dijangkakan untuk memotong kadarnya sebanyak 25 mata asas ke 2.25%.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.18% ke $55.95 setong. Harga minyak menerima tekanan bearish selepas mesyuarat kecemasan diadakan bersama Iran untuk membincang mengenai isu nuklear. Penyusutan risiko di Timur Tengah telah mendorong para pelabur untuk mengurangkan pesanan bullish pada komoditi ini yang boleh meningkat dari segi harganya akibat daripada kekurangan stok jika ketegangan berlaku di rantau tersebut. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.26% ke $1,422.20 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 98.00.

 

Tahap rintangan: 98.00, 98.40
Tahap sokongan: 97.50, 97.10


GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2400. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2350.

 

Tahap rintangan: 1.2400, 1.2445
Tahap sokongan: 1.2350, 1.2300

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1125.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1200

Tahap sokongan: 1.1125, 1.1085

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.20
Tahap sokongan: 108.25, 107.75

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6905. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6905.

 

Tahap rintangan: 0.6935, 0.6960
Tahap sokongan: 0.6905, 0.6865

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6660. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6600.

 

Tahap rintangan: 0.6660, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.8945. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9880.

 

Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9880, 0.9840

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang secara rata di dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan atau lantunan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 57.15, 57.85
Tahap sokongan: 55.90, 54.95

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah) dan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia ditutup di atas kedua-dua garisan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1424.05, 1436.35
Tahap sokongan: 1415.40, 1403.00