29 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar susut sementara menunggu GDP.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam mata wang utama berlegar berhampiran dengan 98.15 sementara para pelabur menunggu pembebasan data GDP pada malam ini. Seawalnya, Presiden Fed San Francisco Mary Daly mengulas bahawa mereka sedang “menunggu sambil memantau” keadaan ekonomi AS yang masih mampan dan berada di atas trend semasa. Namun, ketidaktentuan dan risiko kemelesetan yang menyelubungi pertumbuhan ekonomi global telah mendorong Fed untuk memotong kadar faedah pada jangka pendek. Daly menegaskan bahawa mereka akan memantau data ekonomi yang lebih lanjut bagi menentukan tindakan yang seterusnya bagi mesyuarat polisi bulan depan. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.04% ke 98.17. Selain itu, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.06% ke 1.2215 selepas ia mencecah paras rendah seminggu susulan dengan pelan pemberhentian Parlimen yang dikemukakan oleh PM Boris Johnson. Pada semalam, pelan untuk memberhentikan rundingan Parlimen telah diluluskan oleh Ratu England dan ia telah mengakibatkan pergolakan politik. Pelan tersebut telah dilaksanakan bagi menghentikan tindakan ahli Parlimen UK dari menyekat dan protes mengenai Brexit tanpa perjanjian.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak susut sebanyak 0.32% ke $55.70 setong walaupun data dari EIA memaparkan penurunan pada stok minyak sebanyak -10.027 juta berbanding ramalan iaitu -2.112 juta. Sentimen terhadap komoditi ini adalah masih suram berikutan dengan kekhuatiran para pelabur terhadap impak negatif dari perang perdagangan diantara AS dan China. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,540.65 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Aug) | 1K | 4K | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | 2.1% | 2.0% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 209K | 215K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Jul) | 2.8% | 0.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 98.00. MACD yang masih memaparkan bias bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat dan menuju ke arah 98.40.
Tahap rintangan: 98.40, 98.65
Tahap sokongan: 98.00, 97.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugian selepas ia ditutup di bawah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1.2220, 1.2255
Tahap sokongan: 1.2170, 1.2085

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1070. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1115.
Tahap rintangan: 1.1115, 1.1155
Tahap sokongan: 1.1070, 1.1030

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah garisan 50-MA (biru).
Tahap rintangan: 106.20, 106.65
Tahap sokongan: 105.60, 105.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6750. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6695.
Tahap rintangan: 0.6750, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6695, 0.6635

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6330. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selepas ia ditutup di bawah sasaran 0.6330.
Tahap rintangan: 0.6395, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6330, 0.6270

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia ditutup di atas garisan 20 dan 50-MA. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3335.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pembetulan teknikal ke arah 0.9775.
Tahap rintangan: 0.9840, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9775, 0.9730

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 55.90. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 55.90.
Tahap rintangan: 55.90, 56.80
Tahap sokongan: 54.65, 53.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1548.05. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan pengundurannya dan menuju ke arah 1526.90.
Tahap rintangan: 1548.05, 1565.50
Tahap sokongan: 1526.90, 1507.10