83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Oktober 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Pasaran menunggu mesyuarat dasar Fed.

Dolar AS telah berundur dari paras atas pada semalam sementara para pelabur menunggu keputusan dari mesyuarat polisi Bank Pusat AS (Fed) di dalam minggu ini. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.09% ke 97.45. Fed dijangka untuk memotong kadar faedahnya untuk kali ketiga di dalam tahun selepas mereka bertemu pada hari Rabu dan Khamis. Namun, para pelabur akan memberi fokus kepada komen yang diberikan semasa sidang media untuk melihat samada Fed akan meneruskan kelonggaran dasarnya pada masa depan. Untuk tempoh kebelakangkan ini, data ekonomi dari AS telah memaparkan penyusutan yang ketara dari segi momentum ekonomi. Ini telah meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar bagi mengehadkan sebarang risiko kemelesetan yang sedia ada. Sementara itu, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.04% ke 1.2857 semasa sesi Asia. Pound sterling telah menerima tekanan bearish selepas PM UK Boris Johnson gagal untuk memenangi sokongan bagi mengadakan pilihanraya umum pada 12hb Disember. Undian tersebut telah dilaksanakan selepas EU meluluskan penangguhan tarikh Brexit sehingga ke 31hb Januari dan memberikan pilihan untuk memisah dari EU dengan lebih awal sekiranya perjanjian Brexit diluluskan di dalam Parlimen UK.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menokok sebanyak 0.05% ke $55.66 setong. Pada semalam, niaga hadapan minyak menerima tekanan menurun selepas data terkini dari China tersasar daripada ramalan sambil meningkatkan kekhuatiran ke atas penyusutan momentum ekonomi dari ekonomi terbesar di dunia. Sementara itu, harga emas didagang secara rata berhampiran $1,492.28 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Oct) 125.1 128.0
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Sep) 1.6% 0.9%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.60, 97.80

Tahap sokongan: 97.35, 97.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara rata berdekatan dengan 1.2820. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2950, 1.3035

Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.1080.

 

Tahap rintangan: 1.1145, 1.1180

Tahap sokongan: 1.1080, 1.1010

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.00, 109.40

Tahap sokongan: 108.50, 108.20

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6850, 0.6885

Tahap sokongan: 0.6820, 0.6780

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6330. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6355, 0.6390

Tahap sokongan: 0.6330, 0.6300

 

USDCAD, Weekly: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3285, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3050, 1.2860

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9970. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010

Tahap sokongan: 0.9925, 0.9865

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 55.55. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 56.70, 57.30

Tahap sokongan: 55.55, 54.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1496.00, 1511.00

Tahap sokongan: 1484.05, 1477.00