29 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam selepas Powell bersifat dovish.
Dolar AS menjunam secara ketara pada semalam selepas Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell menyampaikan isyarat yang dovish dan ditambah pula dengan data pertumbuhan ekonomi yang lebih suram. Menurut kepada Powell, paras kadar faedah untuk setakat ini sedang “menghampiri” kadar neutral semasa dan ia memberi gambaran bahawa kadar neutral berlegar diantara paras 2.5% ke 3.5%. Kadar faedah semasa berada di dalam anggaran 2% hingga 2.25%. Isyarat dovish daripada beliau telah menjejaskan sentimen pasaran yang memberikan optimisme terhadap kenaikan kadar faedah secara agresif. Selain itu, dolar telah menerima tekanan menurun yang lebih lanjut berikutan dengan pembebasan data ekonomi yang lebih suram untuk suku ketiga. Menurut kepada US Bureau of Economic Analysis, Gross Domestic Product (KDNK) memberi bacaan hanya 3.5%, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 3.6%. Data tersebut telah mengiringi beberapa laporan ekonomi yang suram untuk tempoh kebelakangkan ini dan ia memberi isyarat kepada kelembapan ekonomi bagi jangka masa yang akan datang. Sementara itu, pound sterling melonjak pada semalam berlatarbelakangkan isyarat hawkish dari Gabenor Bank Pusat England Mark Carney. Carney mengulas bahawa UK tidak akan berpisah daripada EU dengan proses Brexit secara rambang sementara sistem kewangan UK adalah masih mampan untuk menempuhi risiko Brexit “keras”. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.55% ke 96.71 sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.2825.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 3.36% ke $50.52 setong. Harga minyak berundur ke arah $50 setong selepas EIA melaporkan peningkatan minggu ke-10 dalam stok minyak sebanyak 3.58 juta tong bagi minggu lepas. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,220.94 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 EUR ECB President Draghi Speaks
03:00 (30hb) USD FOMC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Nov) | -11K | -10K | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 224K | 221K | – |
| 21:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Oct) | 0.2% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – Personal Spending (MoM) (Oct) | 0.4% | 0.4% | – |
| 21:30 | USD – Personal Income (MoM) (Oct) | 0.2% | 0.4% | – |
| 23:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Oct) | 0.5% | 0.8% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 97.00.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.60, 96.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari sasaran 1.2835. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2835, 1.2895
Tahap sokongan: 1.2770, 1.2690

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di tahap sokongan 1.1360. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1360.
Tahap rintangan: 1.1410, 1.1450
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 113.30.
Tahap rintangan: 113.70, 113.85
Tahap sokongan: 113.30, 112.95

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7340
Tahap sokongan: 0.7265, 0.7215

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6890. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6830.
Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940
Tahap sokongan: 0.6830, 0.6710

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3210

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.9930.
Tahap rintangan: 0.9955, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9930, 0.9905

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 52.00, 53.90
Tahap sokongan: 49.50, 47.50

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan trend menurun.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25
Tahap sokongan: 1220.00, 1215.95