83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Januari 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar memulih dari data suram sementara didorong oleh penjualan pound.

Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.03% ke 95.46 berbanding dengan enam pasangan mata wang utama semasa sesi dagangan awal Asia selepas ia mengalami penjualan akibat data keyakinan pengguna yang suram. Menurut kepada US Conference Board, data keyakinan pengguna memberi bacaan sebanyak 120.2, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 124.7 serta menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lemah akibat penutupan kerajaan dan pasaran ekuiti yang berisiko. Namun, penurunan dolar telah dihadkan oleh penjualan pound secara mendadak di tengah-tengah penolakan pindaan untuk melambatkan tarikh akhir Brexit. Tanpa melambatkan Article 50, UK kini terpaksa untuk meninggalkan EU sebelum 29hb Mac dan hal ini telah meningkatkan kemungkinan Brexit tanpa perjanjian. Namun begitu, ahli Parlimen UK telah menyokong pindaan mengenai perundingan semula bagi isu sempadan Iris dan juga pindaan yang mencegah Brexit tanpa perjanjian. Perdana Menteri UK Theresa May kini dijangka untuk memujuk pihak EU yang enggan berunding semula untuk mempertimbangkan pindaan perjanjian Brexit. Pasangan GBP/USD telah menokok sebanyak 0.15% ke 1.3085.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.14% ke $53.30 setong selepas didorong oleh sekatan terhadap eksport minyak Venezuela ke AS yang telah mencerahkan sentimen bagi pasaran minyak mentah. Di samping itu, laporan daripada API telah menunjukkan penurunan dalam stok minyak mentah dari 6.550M ke 2.098M. Data tersebut telah memupuk keyakinan bull minyak sementara mereka menunggu laporan daripada OPEC mengenai penambahan pengurangan bekalan bagi masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.07% ke $1310.45 selepas ia menerima permintaan yang tinggi pada hari semalam berikutan dengan ketidakpastian pasaran akibat penangkapan CFO Huawei yang bakal menjejaskan perbincangan perdagangan antara AS dan China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

03:00 (31hb)        USD                                        FOMC Statement
03:00 (31hb)        USD                                        FOMC Press Conference


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:00 EUR – German CPI (MoM) (Jan) 0.1% -0.7%
21:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jan) 271K 170K
21:30 USD – GDP (QoQ) (Q4) 3.4% 2.6%
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Dec) -0.7% 1.1%
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 7.970M
03:00 (31st) USD – Fed Interest Rate Decision 2.50% 2.50%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 95.20. MACD yang menunjukkan momentum isyarat bullish serta formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 95.60.

 

Tahap rintangan: 95.60, 96.05

Tahap sokongan: 95.05, 94.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3090. MACD yang memaparkan bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3205, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3090, 1.3000

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1415. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah kembali ke arah tahap sokongan 1.1415.

 

Tahap rintangan: 1.1480, 1.1565

Tahap sokongan: 1.1415, 1.1350

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 109.10. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 110.00.

 

Tahap rintangan: 110.00, 111.40

Tahap sokongan: 109.10, 107.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7155. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7230.

 

Tahap rintangan: 0.7230, 0.7270

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7115

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6800.

 

Tahap rintangan: 0.6840, 0.6875

Tahap sokongan: 0.6800, 0.6755

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3280. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3240.

 

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3310

Tahap sokongan: 1.3240, 1.3190

 

USDCHF, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.9950. Namun, MACD yang menunjukkan kekurangan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk berundur dari tahap rintangan tersebut ke arah tahap sokongan di 0.9910.

 

Tahap rintangan: 0.9950, 0.9985

Tahap sokongan: 0.9910, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 51.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 54.55.

 

Tahap rintangan: 54.55, 57.80

Tahap sokongan: 51.75, 48.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1305.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1305.10.

 

Tahap rintangan: 1318.10, 1329.15

Tahap sokongan: 1305.10, 1296.85