83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Mac 2017                        Analisis Harian

 

Brexit: Ujian besar untuk EU dan UK

Sterling Britain berayun semasa waktu dagangan Asia selepas tidak mendapati butiran dan arah jelas terhadap pelaksanaan pengeluaran Britain daripada Kesatuan Eropah secara formal. Perdana Menteri UK, Theresa May telah menyembah prosedur Brexit secara rasmi semalam, mengisytiharkan bahawa tidak akan patah balik. “Saya rasa Sterling Britain akan terus didagang secara sisi sehingga kita mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pendirian rundingan Kesatuan Eropah dengan Britain.” Kata ahli strategi mata wang, Alvin Tan. Surat Brexit May yang mengandungi enam halaman telah disampaikan kepada Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk di mana berbelanja nada yang positif untuk mendekati unutk mengadakan perbincangan walaupun mengakui bahawa untuk mencapai perjanjian menyeluruh dalam tempoh dua tahun akan menjadi satu cabaran. Pasangan GBP/USD telah menaik 0.10% kepada $1.2449. Sementara itu, indeks dolar AS juga menaik 0.07% kepada 99.85, disokong oleh keputusan data jualan rumah yang lebih baik daripada jangkaan manakala kelemahan mata wang euro dan sterling juga memberikan sokongan lanjut kepada indeks dolar.

 

Selain itu, harga minyak mentah telah menaik 5 sen kepada $49.57 setong berikutan bacaan stok minyak mentah AS yang lebih rendah daripada jangkaan. Sementara itu, harga emas kekal stabil di sekitar $1,250.45, disokong oleh ketidakpastian terhadap proses Britain meninggalkan Kesatuan Eropah.

 

Pasaran Cuti Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Acara Kemuncak Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
15:00 EUR – Spanish CPI (YoY) (Mar) 3.0%
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Mar) 0.6% 0.4%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q4) 1.9% 2.0%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 261K 248K
20:30 CAD – RMPI (MoM) (Feb) 1.7% 0.8%

 

 

 

DOLLAR_INDX

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang lebih tinggi berikutan pemulihan sebelum ini daripada garisan MA60 (Hijau) manakala harganya kini sedang berlegar di bawah tahap rintangan 99.95. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus mengembang ke atas, penutupan harga indeks dolar di atas tahap rintangan 99.95 akan mencadangkan kenaikan selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 99.95, 100.35

Tahap sokongan: 99.45, 98.60

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang lebih tinggi berikutan penutupan harganya di atas garisan MA 20 (Merah) sebelum ini manakala harga kini sedang berlegar di atas tahap sokongan 1.2430. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang makin mengembang ke atas, pemulihan daripada 1.2430 akan mencadangkan GBPUSD untuk menaik selanjutnya kepada tahap rintangan 1.2465.

 

Tahap rintangan: 1.2465, 1.2495

Tahap sokongan: 1.2430, 1.2375

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD baru-baru ini telah memecah keluar dari paras terendah saluran menaik, menunjukkan isyarat peralihan arah aliran untuk menurun selanjutnya. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus mengembang ke bawah. EURUSD dijangkakan untuk melanjutkan penurunannya selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan 1.0745.

 

Tahap rintangan: 1.0805, 1.0905

Tahap sokongan: 1.0745, 1.0700

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang lebih tinggi berikutan pemulihan sebelum ini daripada tahap sokongan 110.70 manakala kini sedang berlegar di bawah tahap rintangan kuat pada 111.40. Penunjuk MACD pula, kedua-dua garisan pergerakan terus mengembang ke atas dan momentumnya dicatatkan di atas tahap 0, oleh itu penutupan harga USDJPY di atas tahap 111.40 akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 111.40, 112.15

Tahap sokongan: 110.70, 110.10

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam julat dagangan antara 49.60 dan 47.10 manakala kini sedang berlegar di bawah tahap rintangan 49.60. Pecahan harganya keluar dari paras tertinggi julat dagangan ini akan memberikan isyarat peralihan arah aliran untuk menaik selanjutnya. Jika tidak, pengunduran balik dari paras tertinggi julat ini akan mencadangkan penurunan selanjutnya dalam jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 49.60, 50.10

Tahap sokongan: 49.00, 48.45, 47.85, 47.10

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas terus didagang dalam saluran menurun berikutan pengunduran sebelum ini daripada tahap rintangan 1253.25. Penutupan harganya baru-baru ini di bawah tahap sokongan 1250.90 mencadangkan harga emas untuk menurun selanjutnya kepada tahap sokongan 1248.50.

 

Tahap rintangan: 1250.90, 1253.25

Tahap sokongan: 1248.50, 1245.15