30 Mac 2023 Analisis Sesi Petang
Kenyataan hawkish Mann BoE mengehadkan kerugian sterling.
Pound sterling, mata wang yang paling banyak didagangkan dalam kalangan pelabur global, jatuh semalam, tetapi kenyataan hawkish daripada Bank of England Catherine Mann mengehadkan kerugian. Dalam kenyataan itu, Mann menyebut bahawa kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) disebabkan pengurusan yang tidak memuaskan dan pemantauan risiko yang lemah. Kejatuhan itu bukan disebabkan oleh dasar monetari, dan bank-bank di British kekal berdaya tahan. Kenyataan ini memberikan pelabur keyakinan dan pound telah didagang dengan lebih tinggi. Pada masa yang sama, kejatuhan harga tenaga akan menurunkan kadar inflasi ke arah sasaran inflasi 2% BoE, tetapi peningkatan dalam barangan dan perkhidmatan teras akan membawa CPI teras untuk terus berlegar pada tahap yang lebih tinggi, dikatakan oleh Mann. Untuk mengembalikan inflasi ke sasaran Bank of England, Mann telah memberikan keputusan yang jelas bahawa, dia akan mengundi untuk kenaikan kadar 25 mata asas pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) akan datang. Data ekonomi baru-baru ini yang menunjukkan pertumbuhan tidak dijangka dalam ekonomi UK telah meningkatkan kemungkinan BoE akan terus menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat MPC seterusnya. Sehingga penulisan, GBP/USD didagangkan lebih tinggi sebanyak 0.05% ke $1.2319.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.15% ke $73.08 setong setakat berita ini ditulis di tengah-tengah tumpuan pelabur masih berada pada data inflasi Jerman. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1984.65 setiap troy auns setakat penulisan berikutan penurunan sebelumnya apabila selera risiko pelabur berkurangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative GBP BOE Inflation Letter
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:00 | EUR – German CPI (YoY) (Mar) | 8.70% | 7.30% | – |
20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q4) | 2.70% | 2.70% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 191K | 196K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 103.00
Tahap rintangan: 103.00, 104.45
Tahap sokongan: 101.70, 100.35
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji di tahap rintangan di 1.2300. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap Rintangan: 1.2345, 1.2595
Tahap Sokongan: 1.2120, 1.1905
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0790
Tahap rintangan: 1.0930, 1.1070
Tahap sokongan: 1.0790, 1.0635
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 132.30.
Tahap rintangan: 134.55, 136.30
Tahap sokongan: 132.30, 130.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 0.6685. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6600..
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6525
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.6265, 0.6320
Tahap sokongan: 0.6195, 0.6120
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3600.
Tahap rintangan: 1.3600, 1.3685
Tahap sokongan: 1.3515, 1.3420
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 0.9180. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9285, 0.9390
Tahap sokongan: 0.9180, 0.9090
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 73.20. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 70.65.
Tahap rintangan: 73.20, 76.05
Tahap sokongan: 70.65, 68.30
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menuju tahap sokongan di 1954.90 MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1985.50, 2009.10
Tahap sokongan: 1954.90, 1926.70