30 April 2019 Analisis Sesi Pagi
Inflasi mula merosot di AS.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada semalam selepas data terkini memaparkan penyusutan yang ketara pada kadar inflasi AS. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.16% ke paras 97.52 semasa sesi Asia. Menurut kepada US Bureau of Economic Analysis, Core PCE Price Index telah memberi bacaan sebanyak 1.6%, lebih rendah daripada jangkaan iaitu 1.7%. Data tersebut telah mengesahkan pandangan Fed untuk mengekalkan kadar faedah sambil menunggu data yang lebih lanjut sebelum melaksanakan sebarang perubahan. Namun, kerugian pada dolar adalah terhad selepas Consumer Spending (merangkumi lebih daripada 2/3 aktiviti ekonomi AS) telah mencatat peningkatan sebanyak 0.9% bagi bulan lepas, lebih baik daripada ramalan iaitu 0.7%. Sementara itu, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.2931. Sterling telah menerima permintaan bullish pada semalam selepas laporan mendapati bahawa rundingan diantara parti sesama ahli penggubal dasar telah mendapat kemajuan yang “produktif” dan “konstruktif”. Perkembangan positif mengenai Brexit telah meningkatkan sentimen optimisme terhadap pasaran UK.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.05% ke $63.49 setong. Harga minyak telah memangkas kerugiannya pada semalam sementara sekatan AS ke atas Iran akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2hb Mei. Ia bakal memotong pembekalan minyak dari Iran – pengeluar ke-4 terbesar diantara ahli OPEC. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1,280.29 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari JPY Cuti
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – GfK German Consumer Climate (May) | 10.4 | 10.3 | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Apr) | -7K | -6K | – |
| 17:00 | EUR – GDP (YoY) | 1.1% | 1.1% | – |
| 17:00 | EUR – Unemployment Rate (Mar) | 7.8% | 7.8% | – |
| 20:00 | EUR – German CPI (MoM) (Apr) | 0.4% | 0.5% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Feb) | 0.3% | 0.1% | – |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Apr) | 124.1 | 126.0 | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Mar) | -1.0% | 1.1% | – |
| 04:30
(1hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 6.900M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.65, 98.60
Tahap sokongan: 96.85, 95.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sekiranya ia berundur dari garisan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3000, 1.3120
Tahap sokongan: 1.2900, 1.2805

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 1.1200, 1.1250
Tahap sokongan: 1.1155, 1.1100

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawah.
Tahap rintangan: 111.75, 112.00
Tahap sokongan: 111.45, 111.30

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6990. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.7070.
Tahap rintangan: 0.7070, 0.7145
Tahap sokongan: 0.6990, 0.6935

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang secara rata sementara kini menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6670. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6670.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6695
Tahap sokongan: 0.6630, 0.6580

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.0225.
Tahap rintangan: 1.0225, 1.0265
Tahap sokongan: 1.0190, 1.0170

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 63.70. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 63.15.
Tahap rintangan: 63.70, 64.65
Tahap sokongan: 63.15, 61.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat dengan lebih lanjut selepas penutupan niaganya di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1285.80, 1295.65
Tahap sokongan: 1275.30, 1267.00