83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 April 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Aussie menurun akibat dengan kelemahan data China, dolar kekal ditekan.

Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama sementara pasaran ditekan oleh data perbelanjaan yang suram. Data Personal Consumption Expenditures (PCE) yang merupakan pengukuran kadar inflasi pilihan Bank Pusat AS (Fed) telah menyusut ke 1.6%, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 1.7%. Para pelabur kini akan memberi fokus kepada mesyuarat FOMC serta ucapan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell pada minggu ini di mana keputusan kadar faedah dijangkakan untuk kekal pada paras yang sama. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 97.50 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menjunam sebanyak 0.18% ke 0.7043 semasa penulisan berikutan dengan data PMI China yang negatif. Menurut kepada Markit Economics, aktiviti perkilangan China telah menjunam ke 50.2, lebih rendah daripada ramalannya sebanyak 51.0. Data tersebut telah menunjukkan perkembangan ekonomi China yang suram bagi bulan April serta menampilkan penyusutan pertumbuhan ekonomi. Oleh kerana Australia merupakan rakan pedagang utama China, data yang negatif telah menjejaskan mata wang Aussie.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.25% ke $63.37 setong semasa penulisan akibat dengan ketidakpastian para pelabur terhadap komoditi tersebut. Menurut kepada laporan mengenai pemansuhan pengecualian sekatan terhadap Iran yang dikuatkuasakan pada 2hb Mei, para pelabur kini memberi fokus kepada tindakan OPEC dan sekutunya untuk mengimbangi kekurangan bekalan di dalam pasaran. Pada masa yang sama, penyusutan aktiviti perkilangan di China juga mengurangkan permintaan terhadap minyak. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.29% $1283.50 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar akibat dengan data perbelanjaan yang suram.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

Sehari                    JPY                          Cuti

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

23:00                     CAD                        BoC Gov Poloz Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – GfK German Consumer Climate (May) 10.4 10.3
15:55 EUR – German Unemployment Change (Apr) -7K -6K
17:00 EUR – GDP (YoY) 1.1% 1.1%
17:00 EUR – Unemployment Rate (Mar) 7.8% 7.8%
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Apr) 0.4% 0.5%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Feb) 0.3% 0.1%
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Apr) 124.1 126.0
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Mar) -1.0% 1.1%
04:30

(1hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 6.900M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 97.60. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 97.00.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.25

Tahap sokongan: 97.00, 96.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.2945. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2945, 1.3015

Tahap sokongan: 1.2845, 1.2770

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1185. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1145, 1.1100

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi selepas ia berundur daripada paras tinggi saluran tersebut di 111.75. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah paras rendah saluran sisi di 111.35.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.20

Tahap sokongan: 111.35, 110.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7050. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7050, 0.7090

Tahap sokongan: 0.7000, 0.6930

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6670. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 0.6630.

 

Tahap rintangan: 0.6670, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6630, 0.6580

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3435. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3485.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3380

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata berdekatan tahap sokongan di 1.0190. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0265, 1.0310
Tahap sokongan: 1.0190, 1.0100

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 63.15. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish serta permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 64.65.

 

Tahap rintangan: 64.65, 66.00

Tahap sokongan: 63.15, 61.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1277.30. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1285.80.

 

Tahap rintangan: 1285.80, 1295.65

Tahap sokongan: 1277.30, 1268.50