83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Kenaikan Euro terhenti akibat ketidaktentuan politik.

                Dolar A.S. telah mengukuhkan kedudukannya pada hari Selasa selepas Euro dan Sterling menerima tekanan risiko politik di zon Eropah dan UK. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.30% ke 97.55 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain. Pasaran kewangan telah dibuka dengan lebih tipis selepas pasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom ditutup untuk cuti umum pada semalam. Untuk masa ini, para pelabur akan memantau laporan pekerjaan Nonfarm Payrolls yang bakal dilepaskan pada hari Jumaat ini dan ia bakal menentukan nada pasaran dalam jangka masa yang terdekat. Laporan pekerjaan yang lebih kukuh akan meningkatkan kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Jun nanti. Di rantau yang lain, Euro susut sebanyak 0.35% ke $1.1127 selepas bekas Perdana Menteri Itali Matteo Renzi mengulas bahawa ia adalah munasabah untuk mengadakan pilihan raya pada masa yang sama seperti Jerman yang telah dijadualkan pada bulan September. “Penjualan pada mata wang Euro telah berlaku selepas pasaran menyedari terdapatnya ketidaktentuan politik di Itali selepas ulasan Renzi mencadangkan pilihan raya yang lebih awal,” kata Masafumi Yamamoto, pakar strategi forex.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.26% ke $49.93 selepas musim panas bermula di A.S. yang mencadangkan permintaan untuk bahan api yang lebih tinggi. Permintaan untuk bahan api pengangkutan seperti petrol dan diesel akan meningkat dengan ketara semasa cuti musim panas oleh kerana kebanyakan keluarga akan bercuti di dalam negara. Bagi pasaran emas, harganya telah meningkat sebanyak 0.14% ke $1,269.36 manakala para pelabur akan menunggu laporan pekerjaan yang bakal dilepaskan pada Jumaat ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                     CNY                     China – Dragon Boat Festival

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Building Approvals (MoM) (Apr) -13.4% 3.0% 4.4%
20:00 EUR – German CPI (MoM) (May) 0.0% -0.1%
20:30 USD – Personal Spending (MoM) (Apr) 0.0% 0.4%
22:00 USD – CB Consumer Confidence (May) 120.3 119.8

 

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah dan kini masih menguji di tahap Fibonacci 23.6 iaitu 1.2795. Oleh kerana petunjuk MACD histogram masih memaparkan isyarat menurun yang ketara, ia dicadangkan untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.2795.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3180

Tahap sokongan: 1.2975, 1.2640

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memecah keluar dari paras bawah segi tiga menurun baru-baru ini dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke bawah mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1.1100.

 

Tahap rintangan: 1.1165, 1.1265

Tahap sokongan: 1.1100, 1.1050

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah membentuk formasi head and shoulders dan kini sedang menguji di tahap neckline 110.85. Pemecahan pada tahap tersebut akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran tahap sokongan berikut di 110.20.

 

Tahap rintangan: 111.45, 112.10

Tahap sokongan: 110.85, 110.20

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 50.00 dan kini sedang menguji di antara kedua-dua garisan MA. Penutupan niaganya di bawah garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan harga minyak mentah untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 48.85.

 

Tahap rintangan: 50.00, 52.00

Tahap sokongan: 48.85, 47.85

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah memecah keluar dari paras atas segi tiga meningkat baru-baru ini, memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Ia dicadangkan untuk melanjutkan aliran menaiknya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1271.00.

 

Tahap rintangan: 1271.00, 1278.00

Tahap sokongan: 1261.00, 1253.80, 1246.00