30 Mei 2018 Analisis Harian
Dolar cecah paras tinggi 6 bulan.
Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya ke paras tinggi 6 bulan berikutan dengan isi padu pesanan jualan yang tinggi ke atas Euro berlatarbelakangkan risiko politik yang makin meningkat. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar meningkat sebanyak 0.46% dan disebut niaga berhampiran 94.75. Terdahulu, Itali sedang berdepan dengan kemungkinan pengumuman pilihanraya yang baru selepas dua parti anti-penubuhan meninggalkan pelan mereka untuk membentuk kerajaan gabungan. Pilihanraya yang baru ini boleh memberikan pukulan bearish yang hebat kepada zon Eropah oleh kerana keputusannya boleh membentuk kerajaan anti-Euro yang boleh mengadakan referendum untuk menarik keahlian mereka dari zon ekonomi tersebut. Susulan dengan itu, para pelabur bergiat untuk mengurangkan portfolio mereka ke atas aset di EU terutamanya Itali dan mengalih tumpuan kepada aset yang berasaskan dolar AS. Namun, keuntungan yang dialami oleh dolar telah dihadkan oleh pembebasan data yang pesimis pada semalam. Menurut kepada Conference Board, data keyakinan pengguna meningkat ke paras 128.0, lebih rendah berbanding dengan ramalan iaitu 128.2 bagi bulan Mei. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan ekonomi AS seperti ADP, PCE dan NFP untuk melihat perkembangan ekonomi serta prospek terhadap dasar kewangan jangka panjang.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sedikit sebanyak 0.06% ke $66.78 semasa sesi Asia sementara para pelabur masih memberikan reaksi yang negatif ke atas cadangan OPEC untuk meningkatkan pengeluaran bagi mengatasi kekurangan pembekalan dari Venezuela dan Iran. Sebaliknya, harga emas melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.12% ke $1,300.07 se troy auns susulan dengan penghindaran risiko yang berpunca dari zon Eropah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:10 NZD RBNZ Gov Orr Speaks
22:00 CAD BoC Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Building Approvals (MoM) (Apr) | 2.6% | -3.0% | – |
| 14:00 | EUR – German Retail Sales (MoM) (Apr) | -0.6% | 0.7% | – |
| 16:00 | EUR – German Unemployment Change (May) | -7K | -10K | – |
| 16:00 | EUR – German Unemployment Rate (May) | 5.3% | 5.3% | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (May) | 204K | 190K | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 2.35 | 2.3% | – |
| 20:30 | USD – GDP Price Index (QoQ) (Q1) | 2.0% | 2.0% | – |
| 20:30 | CAD – RMPI (MoM) (Apr) | 2.1% | – | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.25% | 1.25% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -1.300M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3300. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan bias bearish utamanya.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3140
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun menyempit mini selepas ia berundur dari paras atasnya. Stochastic Oscillator yang telah membentuk isyarat penyusutan sebelum paras overbought mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.1600, 1.1665
Tahap sokongan: 1.1500, 1.1450
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 108.85. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan bias bearish selepas ia memecahkan tahap sokongan di 108.30.
Tahap rintangan: 108.85, 109.40
Tahap sokongan: 108.30, 107.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran dari paras overbought mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah). Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi saluran tersebut.
Tahap rintangan: 67.40, 68.30
Tahap sokongan: 65.75, 64.05
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Oleh kerana kekurangan isyarat yang teliti dari MACD histogram dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku dari salah satu sisinya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1308.00, 1314.95
Tahap sokongan: 1300.00, 1296.00