30 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar melanjutkan kenaikan, harga minyak ditekan oleh perang perdagangan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan kenaikannya kembali ke paras tinggi seminggu pada malam semalam sebelum berundur sebanyak 0.04% ke 97.95 berikutan dengan penjualan di dalam pasaran ekuiti semasa hasil bon perbendaharaan AS mengisyaratkan penyongsangan serta menunjukkan kemelesetan ekonomi. Ketegangan perdagangan, ketidakpastian Brexit serta kemelesetan global terkini telah menyebabkan para pelabur untuk memindahkan pelaburan mereka ke dalam pasaran aset selamat, serta meningkatkan penampilan dolar sementara menunggu isyarat yang selanjutnya di dalam pasaran. Selain itu, ketegangan perang perdagangan Sino-AS telah menekan harga minyak serta meningkatkan jangkaan penyusutan permintaan terhadap minyak di dalam pasaran. Penurunan harga minyak juga memberi tekanan ke atas mata wang Loonie dan menyebabkan pasangan USD/CAD untuk mencecah paras tinggi bulan Januari. Di samping itu, Bank Pusat Kanada (BoC) telah mengekalkan kadar faedah di paras yang sama pada semalam serta menegaskan bahawa prestasi ekonomi di Kanada adalah selaras dengan ramalan bank. Namun, BoC masih akan memberi fokus kepada data ekonomi selanjutnya untuk menilaikan kadar faedah pada masa depan. Pasangan USD/CAD telah menyusut sebanyak 0.04% ke 1.3512 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.22% ke $58.89 setong selepas ia melantun dari paras rendahnya di tengah-tengah data yang positif. Menurut kepada American Petroleum Institute, inventori minyak pada minggu lepas telah dikurangkan sebanyak 5.72M tong. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian kepada laporan inventori dari EIA untuk memantau selanjutnya penggerakan harga minyak. Di samping itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.08% ke $1278.80 se troy auns akibat dengan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari CHF Ascension Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 3.2% | 3.1% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 211K | 216K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr) | 3.8% | 0.9% | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.740M | -0.857M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 98.00. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 98.00, 98.25
Tahap sokongan: 97.60, 97.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.2610. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2695, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1125. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1170.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1210
Tahap sokongan: 1.1125, 1.1085

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 109.55. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.90, 110.20
Tahap sokongan: 109.55, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rata di dalam saluran sisi. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah paras atas saluran di 0.6935.
Tahap rintangan: 0.6935, 0.6960
Tahap sokongan: 0.6910, 0.6865

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6505. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6550.
Tahap rintangan: 0.6550, 0.6585
Tahap sokongan: 0.6505, 0.6470

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3535. MACD yang memaparkan momentum menaik yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3505.
Tahap rintangan: 1.3535, 1.3565
Tahap sokongan: 1.3505, 1.3475

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.0050. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0100.
Tahap rintangan: 1.0100, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0050, 1.0005

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari garisan MA-20 (merah). MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 59.70.
Tahap rintangan: 59.70, 60.50
Tahap sokongan: 58.25, 57.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1278.45.
Tahap rintangan: 1288.50, 1294.05
Tahap sokongan: 1278.45, 1272.45