30 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Ketegangan perdagangan makin meningkat.
Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya ke paras tertinggi di dalam tempoh dua tahun susulan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang makin meningkat. Menurut kepada US Commerce Department, kerajaan AS akan mengenakan tarif anti-lambakan ke atas tilam buatan China dan keluli bir tahan karat oleh kerana harganya adalah lebih rendah daripada nilai pasaran yang adil. Washington akan mengenakan duti setinggi 79.7% ke atas keluli bir dan 1,731% ke atas tilam. Tindakan ini boleh menjejaskan usaha untuk mencapai penyelesaian diantara dua negara tersebut bagi jangka masa yang akan datang. Oleh kerana dolar AS dianggap sebagai aset selamat, indeks dolar menokok sebanyak 0.02% ke 97.95. Sebaliknya, euro telah mengalami tekanan bearish pada semalam akibat daripada data bearish di Jerman. Laporan terkini memaparkan bahawa kadar pengangguran di Jerman telah meningkat dan ia telah menyertai beberapa data ekonomi suram yang telah dilepaskan sebelum ini. Kesemua data tersebut memberikan bias kemelesetan ekonomi. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD merosot sebanyak 0.02% ke 1.1139.
Sementara itu, harga minyak mentah pulih sebanyak 0.14% ke $59.04 setong. Harga minyak kekal berlegar di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan. Selain itu, harga emas merosot sebanyak 0.17% ke $1,277.81 se troy auns akibat daripada dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari CHF Ascension Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 3.2% | 3.1% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 211K | 216K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr) | 3.8% | 0.9% | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.740M | -0.857M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 98.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 97.70.
Tahap rintangan: 98.00, 98.50
Tahap sokongan: 97.70, 97.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2615. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2690.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.1145.
Tahap rintangan: 1.1145, 1.1175
Tahap sokongan: 1.1115, 1.1080

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 109.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 109.75.
Tahap rintangan: 109.75, 110.00
Tahap sokongan: 109.25, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6930. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6865

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6510. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6545.
Tahap rintangan: 0.6545, 0.6570
Tahap sokongan: 0.6510, 0.6475

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3520. MCD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3475.
Tahap rintangan: 1.3520, 1.3570
Tahap sokongan: 1.3475, 1.3415

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.0080. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.0050.
Tahap rintangan: 1.0080, 1.0125
Tahap sokongan: 1.0050, 1.0005

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 59.10. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 59.10, 60.10
Tahap sokongan: 58.05, 56.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1279.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1269.80.
Tahap rintangan: 1279.05, 1287.20
Tahap sokongan: 1269.80, 1262.75