30 Jun 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. ditekan selepas euro dan sterling menguasainya.
Dolar A.S. meneruskan kerugiannya terhadap mata wang utama yang lain pada hari Jumaat selepas data ekonominya memberikan keputusan yang bercampuran dan ia gagal untuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap gergasi ekonomi tersebut. Indeks dolar yang mengukur kekukuhannya terhadap sebakul enam mata wang utama telah susut sebanyak 0.04% ke 95.27. Data ekonomi yang dilepaskan pada semalam menunjukan bahawa semakan ke atas GDP suku pertama memberi bacaan 1.4%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis dengan hanya 1.2%. Walaubagaimanapun, bacaan GDP yang lebih positif telah diselubungi oleh pesimisme dari data pekerjaan Initial Jobless Claims yang memaparkan bahawa bilangan individual yang telah menganggur pada minggu lalu meningkat sebanyak 2,000 ke 244,000, tersasar daripada jangkaan dengan 240,000. Isyarat yang bercampuran dari kedua-dua data ekonomi tersebut telah dilepaskan di tengah-tengah tekanan menjual pada dolar A.S. selepas saingannya, euro dan pound sterling meneruskan kenaikan mereka walaupun bank pusat masing-masing memberikan isyarat yang bercampuran. Semasa penulisan, GBP/USD menokok sebanyak 0.08% ke $1.3018 manakala euro susut sebanyak 0.07% ke $1.1433.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.42% ke $45.12 dan berada di dalam jangkaan untuk mencatat kenaikan mingguan yang terbesar selepas pengeluaran minyak mentah di A.S. telah susut bagi minggu lalu. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1,244.63 namun masih menerima tekanan selepas beberapa bank pusat memberikan isyarat untuk mengurangkan kelonggaran dasar mereka dan ini telah menurunkan permintaan bagi aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:00 | CNY – Manufacturing PMI (June) | 51.2 | 51.0 | 51.7 |
| 09:00 | CNY – Non-Manufacturing PMI (June) | 54.5 | – | 54.9 |
| 14:00 | EUR – German Retail Sales (MoM) (May) | -0.2% | 0.3% | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (June) | -9K | -10K | – |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q1) | 0.2% | 0.2% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (June) | 1.4% | 1.2% | – |
| 20:30 | USD – Personal Spending (MoM) (May) | 0.4% | 0.1% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Apr) | 0.5% | 0.2% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (June) | 94.5 | 94.5 | – |
| 01:00 | Crude Oil – Baker Hughes Oil Rig Count | 758 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan sebelumnya di 1.2970. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke tahap rintangan 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.3120
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2890
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan aliran menaik dan kini sedang didagang dengan tipis berdekatan dengan tahap rintangan 1.1445. Penunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menaik mencadangkan EURUSD untuk berlegar di dalam lingkungan 1.1410 dan 1.1445 pada jangka pendek sebagai tempoh pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya.
Tahap rintangan: 1.1445, 1.1480
Tahap sokongan: 1.1410, 1.1370
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas pengunduran sebelumnya dan ia telah menutup niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini. Penutupan niaga di bawah garisan tersebut sebelum ini mencadangkan USDJPY untuk meneruskan penurunannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 111.80.
Tahap rintangan: 112.45, 113.05
Tahap sokongan: 111.80, 111.15
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentuk corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA dan kini sedang menguji di tahap rintangan 45.20. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan kecenderungan yang lebih tinggi bagi harganya untuk meningkat ke sasaran berikut di 46.70.
Tahap rintangan: 45.20, 46.70
Tahap sokongan: 44.20, 43.00
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. Lantunan tersebut mencadangkan harga emas untuk lebih cenderung dalam meneruskan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 1250.10 pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas pemecahan berlaku dari salah satu sisinya.
Tahap rintangan: 1250.10, 1258.90
Tahap sokongan: 1243.00, 1235.95