83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat menjelang penurunan kadar yang dijangkakan.

Indeks dolar telah meningkat berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama susulan dengan pasaran masih menjangkakan keputusan Fed untuk memotong kadar pada akhir minggu ini. Bank pusat A.S telah dijangka secara keseluruhan akan menyampaikan penurunan kadar bagi kali pertama dalam satu dekad dengan sekurang-kurangnya 25 mata asas. Di samping itu, pelabur juga menjangkakan penurunan kadar tambahan pada bulan September dan lebih banyak sebelum akhir tahun ini. Presiden AS Donald Trump kekal mengkritik Fed. Berdasarkan dengan tweetnya yang baru-baru ini di Twitter, beliau telah menyatakan bahawa pemotongan kadar yang kecil adalah tidak mencukupi, namun dia tetap akan terus menang. Memandangkan keputusan kadar semakin dekat, pasaran kekal menumpu perhatian dan berhati-hati menjelang acara tersebut. Sebaliknya, paun sterling kekal meluncur ke terus bawah di tengah-tengah Perdana Menteri U.K Boris Johnson dan pasukannya sedang meningkat persiapan untuk Brexit keras. Cuma hanya tiga bulan lagi, Perdana Minster UK yang baru dilantik Boris Johnson telah bersumpah untuk membawa UK keluar daripada Kesatuan Eropah walaupun dengan tanpa perjanjian. Canselor Sajid Javid berkata bahawa beliau sedang bersedia untuk keluar tanpa sebarang perjanjian dan penolong utamanya, Michael Gove menulis dalam Sunday Times bahawa kerajaan kini “bekerja pada andaian” bahawa perbincangan dengan EU akan gagal. Berita ini memberikan pengesahan lanjut mengenai risiko Brexit tanpa perjanjian, justerunya mengurangkan keyakinan pelabur terhadap mata wang paun sterling dan menyebabkan pelabur meninggalkan pasaran yang berisiko tersebut. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% kepada 97.79 sementara GBP / USD jatuh sebanyak 0.06% kepada 1.2208.

 

Bagi komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.25% kepada $ 57.09 setong semasa penulisan berikutan dengan pasaran optimistik terhadap perbincangan dalam perdagangan AS dam China. Harga minyak telah melantun apabila perbincangan perdagangan kembali di atas meja, dengan kedua-dua kuasa ekonomi terbesar berkumpul sekali lagi untuk rundingan perdagangan sejak G20 bulan lalu. Para pelabur berharap bahawa kedua-dua negara boleh menunjukkan komitmen dan memberi laluan untuk rundingan selanjutnya bagi masa depan. Pada masa yang sama, ketegangan di Selat Hormuz yang menyebabkan kekurangan bekalan yang berterusan juga memberikan alasan selanjutnya bagi para pelabur untuk bertaruh pada komoditi tersebut. Seterusnya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.10% kepada $ 1425.39 pada masa penulisan berikutan dengan dolar kukuh yang mengurangkan daya tarikan aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

11.00                     JPY                         BoJ Monetary Policy Statement

11.00                     JPY                         BoJ Outlook Report (YoY)

Tentatif                 JPY                          BoJ Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
11.00 JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
20.00 EUR – German CPI (MoM)(Jul) 0.3% 0.3%
22.00 USD – CB Consumer Confidence 121.5 125.0
22.00 USD – Pending Home Sales (Mom) (Jun) 1.1% 0.5%
04.30 (31th) CrudeOIL- API Weekly Crude Oil Stock -10.96M

 


 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 97.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 97.55.

 

 

Tahap rintangan: 98.00, 98.50
Tahap sokongan: 97.55, 97.10


 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2155. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ie memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2440, 1.2695
Tahap sokongan: 1.2155, 1.1955

 


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1185.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1235

Tahap sokongan: 1.1120, 1.1080

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 108.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 108.60.

 

Tahap rintangan: 109.05, 109.75
Tahap sokongan: 108.60, 108.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6900. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6930.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6865

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6650. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6650.

 

Tahap rintangan: 0.6650, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6550


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3145. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9935. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9895.

 

Tahap rintangan: 0.9935, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9895, 0.9840

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 56.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 57.85.

 

Tahap rintangan: 57.85, 59.25
Tahap sokongan: 56.00, 54.50

 

GOLD_, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1421.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1437.95.

 

Tahap rintangan: 1437.95, 1457.10
Tahap sokongan: 1421.40, 1403.15