83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Julai 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Aset selamat Yen melonjak susulan dengan keputusan kadar BoJ.

Yen Jepun yang bertindak sebagai salah satu aset selamat utama telah meningkat selepas bank pusat Jepun (BOJ) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah dengan rata pada -0.10% sambil meningkatkan pemegangan hutang kerajaan Jepun sebanyak 80 trilion yen setahun dan korporat ekuiti sebanyak 6 trilion yen selepas mesyuarat tinjauan dasar 2 hari Julai. Selain itu, bank pusat Jepun juga mengurangkan ramalan inflasi bagi tahun fiskal semasa kepada 1.0% daripada 1.1% sebelum ini. Pada masa yang sama, BOJ mengulangi bahawa mereka akan mengawasi prospek ekonomi global dan langkah pencegahan akan diambil apabila diperlukan kerana ketidakpastian global masih menghantui pengembangan ekonomi Jepun walaupun AS dan China bersedia untuk meneruskan perbincangan perdagangan mereka. Setakat ini, BOJ menegaskan bahawa mereka masih akan mengekalkan dasar monetari pada tahap yang sangat rendah sekarang sehingga suku kedua tahun 2020. Bagaimanapun, komen BOJ tidak memberikan momentum penurunan yang besar ke pasaran Yen disebabkan reaksi yang bercampuran susulan dengan bank pusat global seperti Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan bank pusat Eropah telah menyampaikan pendirian mereka, mendesak pelabur melarikan diri ke aset selamat untuk melindungi nilai pegangan aset mereka. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.05% ke 97.85 manakala USD / JPY telah menyusut sebanyak 0.10% kepada 108.65.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.16% kepada $ 57.05 setong di tengah-tengah krisis kapal yang melibatkan Britain, Iran dan Amerika Syarikat yang masih belum dapat diselesaikan. Ketegangan ketegangan global telah mendorong pelabur untuk menambahkan taruhan mereka pada minyak mentah berikutan dengan kemungkinan kekurangan bekalan telah meningkat. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.17% kepada $ 1424.05 se troy auns di tengah-tengah pasaran kekal optimistik terhadap perbincangan perdagangan AS dan China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.00 EUR – German CPI (MoM)(Jul) 0.3% 0.3%
22.00 USD – CB Consumer Confidence 121.5 125.0
22.00 USD – Pending Home Sales (Mom) (Jun) 1.1% 0.5%
04.30 (31th) CrudeOIL- API Weekly Crude Oil Stock -10.96M


 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 97.50. MACD yang memaparkan isyrarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.00.

 

Tahap rintangan: 98.00, 98.40
Tahap sokongan: 97.50, 97.10


 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2155. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2100.

 

Tahap rintangan: 1.2155, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2100, 1.1990


 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan MA 50 (biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah ke bawah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1200

Tahap sokongan: 1.1115, 1.1085


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 108.70. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 108.25.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.20
Tahap sokongan: 108.25, 107.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 0.6905. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6905.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.6935
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6825

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6660. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6600.

 

Tahap rintangan: 0.6660, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan latunan dari garisan MA 20 (merah). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan MA 20 (merah). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya selepas ia memecah ke bawah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9880, 0.9840


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 57.15. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 57.15, 57.85
Tahap sokongan: 55.90, 54.95

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 1424.05. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1436.35.

 

Tahap rintangan: 1436.35, 1450.00
Tahap sokongan: 1424.05, 1415.40