83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Ogos 2017                      Analisis Harian

 

Dolar A.S. berayun atas ancaman Korea Utara.

Dolar A.S. mengukuhkan pemulihannya semasa sesi dagangan Asia pada hari Rabu sementara para pelabur mengawasi Semenanjung Korea dan doket ekonomi utama dari Amerika Syarikat. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.10% ke 92.23 sementara pasangan USD/JPY menokok sebanyak 0.15% ke 109.86. Semalaman, dolar A.S. telah menjunam sehingga ke paras rendah dua setengah tahun berbanding dengan enam mata wang utama yang lain berikutan dengan risiko geopolitik yang meningkat akibat daripada pelancaran peluru berpandu dari Korea Utara yang melintasi wilayah utara Jepun. Walaupun begitu, dollar-bull cuba untuk memangkas kerugiannya selepas data keyakinan pengguna memberikan keputusan yang lebih optimistik. Menurut kepada Conference Board, Indeks Keyakinan Pengguna telah meningkat ke paras 122.9 bagi bulan Ogos, menjangkaui ramalan sebanyak 120.3 sahaja. Akan tetapi, keuntungan yang dialami oleh dolar A.S. adalah terhad oleh kerana terdapatnya risiko geopolitik yang masih berlegar dan ia menggalakkan aktiviti penghindaran risiko untuk membeli mata wang selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.30% ke $46.30 ekoran dengan kebimbangan para pelabur terhadap taufan Harvey yang dijangka untuk menutup 16% hab penapisan minyak di Texas yang bakal mengurangkan permintaan minyak. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.29% ke $1,309.28 namun masih disokong oleh risiko yang berlegar di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

09:30                     NZD                                        RBNZ Gov Wheeler Speaks

21:15                     USD                                        FOMC Member Powell Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Building Approvals (MoM) (Jul) 10.9% -5.0% -1.7%
09:30 AUD – Construction Work Done (QoQ) (Q2) 0.9% 1.0% 9.3%
16:30 GBP – Net Lending to Individuals 5.6B 5.3B
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Aug) 0.4% 0.1%
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Aug) 178K 185K
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 2.6% 2.7%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -3.327M -1.908M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2960. Penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaiknya mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke tahap sokongan 1.2890.

 

Tahap rintangan: 1.2960, 1.3020

Tahap sokongan: 1.2890, 1.2830

 

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1.1880. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di tahap psikologi 1.2000.

 

Tahap rintangan: 1.2000, 1.2150

Tahap sokongan: 1.1880, 1.1700

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.25. Kedua-dua garisan MA yang mula untuk menyempit dan menuju ke atas mencadangkan USDJPY untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan 109.90.

 

Tahap rintangan: 109.90, 110.35

Tahap sokongan: 109.60, 109.30

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau). Kedua-dua garisan tersebut yang mula untuk menyempit ke bawah mencadangkan bias menurun kepada harganya untuk menuju ke sasaran 45.50.

 

Tahap rintangan: 47.00, 48.50

Tahap sokongan: 45.50, 43.80

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan 1308.25. Kedua-dua garisan MA yang melebarkan jaraknya dan menuju ke atas mencadangkan harga emas untuk menaik selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan 1316.30.

 

Tahap rintangan: 1316.30, 1325.80

Tahap sokongan: 1308.75, 1297.40