83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Ogos 2019                      Analisis Sesi Pagi

 

Dolar kekal berlegar walaupun data ekonomi yang pesimis.

Indeks dolar berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama kekal berlegar di sekitar 98.35 selepas mencecah tahap yang tertinggi dalam satu bulan walaupun dengan data lemah yang dikeluarkan dari Amerika Syarikat semalam. Menurut kepada Biro Analisis Ekonomi, GDP AS telah memberi bacaan sebanyak 2.0%, sedikit lebih lemah daripada bacaan bulan sebelumnya sebanyak 2.1%. Walaupun data menunjukkan bahawa ekonomi AS adalah perlahan sedikit daripada bulan sebelumnya disebabkan oleh penyusutan dalam pelaburan perniagaan, namun ia juga diperhatikan bahawa komponen perbelanjaan pengguna sedang melalui pertumbuhan yang pesat. Sebagai alat yang penting dalam mengukur kesihatan ekonomi, pertumbuhan yang lebih perlahan daripada bulan lepas telah menunjukkan bahawa ekonomi AS lebih kurang telah dijejaskan oleh perang perdagangan dengan China sementara ia meningkatkan jangkaan para pelabur dalam pengurangan kadar atau pelonggaran kuantitatif dalam mesyuarat Fed seterusnya. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.07% ke 98.30 semasa penulisan. Seterusnya, pasangan EUR/USD telah jatuh sebaynak 0.02% ke 1.1050 semasa sesi awal Asia di tengah-tengah pendirian dovish dari Presiden ECB Christine Lagarde susulan jangkaan pasaran untuk mengurangkan kadar negatif dalam bulan yang akan datang. Semalam, Lagarde mengulangi bahawa ekonomi zon EU masih menghadapi masalah pertumbuhan yang perlahan dan inflasi kekal tersasar daripada ramalan ECB. ECB akan mengambil langkah pencegahan dengan memperkenalkan rangsangan baru untuk membebaskan ekonomi dari kemelesetan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $ 56.60 setong berikutan dengan kebimbangan pelabur terhadap pendekatan Hurricane Dorian ke arah Florida kerana ia boleh mengganggu pengeluaran minyak sekiranya ia menuju ke Teluk Mexico. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.17 % kepada $ 1524.75 se troy auns di tengah-tengah sentimen risiko pasaran yang semakin pudar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – CPI (YoY) (Aug) 1.0% 1.0%
17:00 EUR – Unemployment Rate (Jul) 7.5% 7.5%
20:30 USD – Core PCE Price Index (MoM) (Jul) 0.2% 0.3%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Jun) 209K 215K
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Aug) 92.1 92.1
01:00

(31th)

USD – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 754

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 98.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.65

Tahap sokongan: 98.00, 97.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2170. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2220.

 

Tahap rintangan: 1.2220, 1.2255

Tahap sokongan: 1.2170, 1.2085

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1070. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1030.

 

Tahap rintangan: 1.1070, 1.1115

Tahap sokongan: 1.1030, 1.0985

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 106.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 106.20.

 

Tahap rintangan: 106.65, 107.25

Tahap sokongan: 106.20, 105.60

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 0.6750. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6695.

 

Tahap rintangan: 0.6750, 0.6795

Tahap sokongan: 0.6695, 0.6635

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6270.

 

Tahap rintangan: 0.6330, 0.6395

Tahap sokongan: 0.6270, 0.6200

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3275. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3335.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3385

Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya kee arah tahap rintangan 0.9890.

 

Tahap rintangan: 0.9890, 0.9945

Tahap sokongan: 0.9840, 0.9775

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 56.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 55.90.

 

Tahap rintangan: 56.80, 57.85

Tahap sokongan: 55.90, 54.65

 

GOLD_, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1526.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 1526.85.

 

Tahap rintangan: 1548.05, 1565.50

Tahap sokongan: 1526.90, 1507.10