83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 September 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS susut, fokus kepada laporan Nonfarm Payrolls.

Dolar AS telah menghentikan aliran menaiknya dan berundur dari paras tinggi pada hari Jumaat lepas berlatarbelakangkan bacaan kadar inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan. Walaupun data Core Durable Goods Orders bagi bulan Ogos memberikan bacaan yang memberangsangkan, data yang digunakan oleh Federal Reserve bagi inflasi iaitu “Core PCE Price Index” memaparkan bacaan yang suram. Untuk bulan Ogos, Core PCE Price Index meningkat hanya 0.1%, lebih rendah berbanding dengan ramalan untuk kekal sama di 0.2%. Bacaan terkini mencadangkan bahawa tekanan inflasi dan perbelanjaan pengguna telah mula untuk menyusut selepas ia bertumbuh dengan mampan bagi suku kedua. Sebelum ini, Federal Reserve telah melaksanakan dua kali pemotongan kadar bagi mengatasi kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan risiko perang perdagangan diantara AS dan China. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu pembebasan laporan Nonfarm Payrolls pada hari Jumaat ini untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut. Bagi rantau yang lain, pound sterling masih berada di dalam aliran menurun berikutan dengan ketiadaan perkembangan terkini mengenai rundingan Brexit diantara UK dan EU. Walaupun EU dilaporkan sudi untuk merunding semula, UK masih belum menghantar cadangan bertulis mengenai perjanjian Brexit dan ini telah meningkatkan ketidakpastian ke atas senario yang bakal berlaku selepas tarikh akhirnya iaitu 31hb Oktober. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.01% ke 98.71 sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.03% ke 1.2293.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.14% ke $56.09 setong. Niaga hadapan minyak menerima tekanan bearish selepas terdapatnya petanda penyusutan momentum ekonomi di AS yang boleh menurunkan permintaannya bagi minyak mentah kelak. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.22% ke $1,500.25 se troy auns susulan dengan penghindaran risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 CrudeOIL                OPEC Meeting

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Unemployment Change (Sep) 4K 5K
16:30 GBP – GDP (QoQ) (Q2) -0.2% -0.2%
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Sep) -0.2% 0.1%
21:45 USD – Chicago PMI (Sep) 50.4 50.2

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal selepas ia memecahkan 98.65.

 

Tahap rintangan: 99.00, 99.20

Tahap sokongan: 98.65, 98.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2325, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2260, 1.2170

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk menaik selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1070

Tahap sokongan: 1.0930, 1.0870

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 108.05, 108.45

Tahap sokongan: 107.60, 107.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6800, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6705

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6290. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.6290.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6320

Tahap sokongan: 0.6250, 0.6220

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.3255. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3280

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3190

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.9865.

 

Tahap rintangan: 0.9925, 0.9970

Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 56.70, 57.30

Tahap sokongan: 55.55, 54.45

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1503.00, 1509.00

Tahap sokongan: 1494.50, 1483.50