30 September 2019 Analisis Sesi Petang
AUD meningkat susulan dengan data China yang optimistik.
AUDUSD mencatat keuntungannya susulan dengan data China yang positif dibebaskan pada pagi ini. Oleh kerana China adalah rakan perdagangan utama bagi Australia , bacaan positif tersebut akan memberi sokongan bullish ke atas AUD. Menurut kepada Pusat Maklumat Logistik China, China Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) memberi bacaan sebanyak 49.8, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 49.5. Sentimen positif tersebut telah memberi prospek positif untuk ekonomi China dan ancaman perang perdagangan tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi China. Namun, para pelabur akan meneliti data ekonomi masa hadapan untuk menjangkakan Keputusan Bank Pusat Australia pada hari Selasa. Sebaliknya, EUR/USD mencatat kerugiannya berikutan dengan data yang suram dibebaskan pada hari Jumaat yang lepas. Menurut kepada data tersebut, harga import Jerman mencatat penurunan pada bulan Ogos, manakala Penunjuk Sentimen Ekonomi EU menurun ke bacaan sebanyak 101.7 pada bulan September, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 103.00. Tambahan pula, data inflasi Pengguna Perancis juga memberi bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan pasaran. Selain itu, Ketua ekonomi Bank Pusat Eropah, Philip Lane menegaskan bahawa bank masih mempunyai ruang untuk melaksanakan dasar monetari yang longgar selepas Chirstine Lagarde menjadi Presiden yang baru pada bulan November. Namun, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi yang penting pada hari ini untuk menjangkakan dasar polisi Bank Pusat Eropah dan pergerakan pasangan tersebut. Semasa penulisan, AUD/USD menurun sebanyak 0.13% ke 0.6755 dan EUR/USD mencatat kerugiannya sebanyak 0.06% ke 1.0929.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak telah menurun sebanyak 0.20% ke $56.02 se tong susulan dengan ketegangan di Timur Tengah telah dikurangkan. Arab Saudi sedang melaksanakan gencatan senjata di Yemen, manakala A.S. sedang mempertimbangkan untuk membatalkan sanksi terhadap Iran. Sementara itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.33% ke $1491.82 se troy auns susulan dengan jangkaan positif untuk penyelesaian perang perdagangan dan mendorong para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke aset berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Sep) | 4K | 5K | – |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q2) | -0.2% | -0.2% | – |
| 20:00 | EUR – German CPI (MoM) (Sep) | -0.2% | 0.1% | – |
| 21:45 | USD – Chicago PMI (Sep) | 50.4 | 50.2 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 98.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.85.
Tahap rintangan: 98.85, 99.20
Tahap sokongan 98.55, 98.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2310. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2310, 1.2355
Tahap sokongan: 1.2260, 1.2190

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20 MA (merah). Namun. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0965, 1.0995
Tahap sokongan: 1.0915, 1.0900

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.20. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.55.
Tahap rintangan: 108.55, 109.10
Tahap sokongan: 107.20, 106.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6760. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6745.
Tahap rintangan: 0.6760, 0.6790
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6730

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6260.
Tahap rintangan: 0.6290, 0.6325
Tahap sokongan: 0.6260, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan saluran sisi sementara kini menguji tahap rintangan 1.3240. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mencatat keuntungan selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 1.3240.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3215, 1.3195

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9930. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9930, 1.0010
Tahap sokongan: 0.9870, 0.9810

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 56.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mencatat kenaikannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 56.40, 57.90
Tahap sokongan: 55.45, 54.85

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1506.70. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1481.85.
Tahap rintangan: 1506.70, 1526.35
Tahap sokongan: 1481.85, 1439.85