30 Oktober 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar jatuh susulan dengan pesimis perjanjian perdagangan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menurun selepas berita baru-baru ini menunjukkan bahawa pentadbiran Trump tidak bersedia dan mungkin tidak dapat mencapai kesepakatan perdagangan fasa 1 dalam pertemuan yang akan datang antara kedua-dua menteri di Chile. Walaupun, kerajaan AS mendedahkan bahawa perkembangan penyelesaian masalah perdagangan masih dijalankan dengan baik, jika perjanjian itu tidak ditandatangani pada mesyuarat November, itu tidak bermakna perjanjian itu akan dipecahkan. Selain itu, data ekonomi yang bercampur dari rantau Amerika Syarikat juga mendorong arah dolar tidak jelas. Mengikut data ekonomi, data CB US Confidence Consumer dibebaskan pada 125.9, tersusut ramalan ekonomi pada 128.0 dan ia membayangkan pengguna tidak beryakin terhadap prospek pertumbuhan ekonomi. Bagaimanapun, data Pending Home Sales telah meningkat daya tarikan dolar kerana ia dilbebaskan pada 1.5%, lebih tinggi daripada unjuran ekonomi pada 0.9%. Indeks dolar jatuh 0.08% ke 97.40 semasa sesi dagangan awal Asia. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menaik 0.01% ke 1.2865 sementara kekal sebagai pasangan dagangan yang paling hangat dalam pasaran forex. Di bawah sokongan daripada Parti Labour, Perdana Menteri UK Boris Johnson berjaya memenangi undi untuk memohon pilihan raya pada musim sejuk, 12 Disember. Dalam pengundian tersebut, Dewan Rakyat telah meluluskan undang-undang yang membuka jalan untuk pilihan raya umum sejak tahun 1923 dengan margin 438 undi berbanding 20 dan ia berhasrat dapat menyelesaikan kebuntuan Brexit seawal mungkin.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun 0.02% ke $ 55.37 setong berikutan dengan data inventori AS menunjukkan stok simpanan sebanyak 0.6M. Walaubagaimanapun, sentimen pasaran masih kabur dengan laporan yang menunjukkan bahawa OPEC mungkin akan memotong pengeluaran minyak lagi tetapi Rusia tidak berminat untuk melakukan lebih banyak lagi. Sebaliknya, harga emas kekal didaganga berhampiran tahap $1,487.80 setroy auns oleh kerana para pelabur terus memberi tumpuan berita yang lanjut daripada rundingan perdagangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:15 CAD BOC Press Conference
02:00 USD FOMC Statement
(31th)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Oct) | -10K | 2K | – |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Rate (Oct) | 5.0% | 5.0% | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) | 135K | 120K | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q3) | 2.0% | 1.6% | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -1.699M | 0.494M | – |
| 02:00
(31th) |
USD – Fed Interest Rate Decision | 2.00% | 1.75% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan 97.30.
Tahap rintangan: 97.75, 98.35
Tahap sokongan: 97.30, 96.85

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan 1.2820. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3170
Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah garisan 50 MA (Biru). MACD yang memaparkan momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan 1.1125.
Tahap rintangan: 1.1125, 1.1200
Tahap sokongan: 1.1030, 1.0930

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan meningkat. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecah garisan meningkat.
Tahap rintangan: 108.90, 109.25
Tahap sokongan: 108.40, 107.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6795, 0.6700

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada garisan 50 MA. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum meningkat mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan 0.6325.
Tahap rintangan: 0.6365, 0.6410
Tahap sokongan: 0.6325, 0.6285

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3085. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan 1.3085.
Tahap rintangan: 1.3085, 1.3145
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2905

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9945. MACD yang memaparkan momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 0.9945.
Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9885, 0.9810

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan pada garisan 50 MA (Biru). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan keuntungannya ke arah tahap rintangan 55.90.
Tahap rintangan: 55.90, 56.80
Tahap sokongan: 54.65, 53.55

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1488.30. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1484.70.
Tahap rintangan: 1488.30, 1495.50
Tahap sokongan: 1484.70, 1476.85