83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 November 2018                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar susut sementara kadar neutral menjelang.

Dolar AS telah didagang dengan aliran sisi berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain pada hari Khamis sementara minit mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) gagal untuk memacu pergerakan yang besar di dalam pasaran. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.02% ke 96.62. Menurut kepada minit mesyuarat bagi bulan November, pegawai Fed memberi pandangan bahawa kenaikan kadar faedah secara beransuran harus setimpal dengan perkembangan ekonomi yang konsisten. Namun, ucapan yang terkini dari Pengerusi Fed Jerome Powell pada awal minggu ini telah menurunkan jangkaan para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah yang berlebihan pada masa depan selepas beliau menegaskan bahawa kadar neutral makin “berhampiran”. Selain itu, data ekonomi dari AS untuk tempoh kebelakangkan ini juga memberi isyarat bahawa aktiviti ekonomi bakal mengalami kelembapan untuk tempoh masa yang akan datang. Isyarat tersebut telah menghamparkan optimisme pasaran terhadap pengetatan dasar dari Fed. Sementara itu, pound sterling telah mengalami tekanan bearish selepas para pelabur khuatir akan keputusan undian Brexit di dalam parlimen pada 11hb Disember nanti. Undian tersebut bakal menentukan sama ada UK akan memisah keluar dari EU dengan pendekatan Brexit “lembut” atau “keras”. Oleh itu, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.02% ke 1.2779.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.10% ke $51.19 setong. Harga minyak telah menerima sokongan bullish selepas Rusia dilaporkan bersetuju untuk memotong pembekalan bersama OPEC dan mereka bakal menganalisis pendekatan serta tarikh yang sesuai untuk melaksanakannya. Selain itu, harga emas menyusut sebanyak 0.04% ke $1,223.99 se troy auns selepas para pelabur memberikan tumpuan yang lebih tinggi ke atas aset berisiko seperti bon dan saham.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German Retail Sales (MoM) (Oct) 0.1% 0.4%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Nov) 2.2% 2.1%
21:30 CAD – GDP (QoQ) (Q3) 0.1% 0.1%
22:45 USD – Chicago PMI (Nov) 58.4 58.6
02:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 885

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.60. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 97.00.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.60, 96.20

 

GPBUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di sasaran 1.2770. MACD yang mula untuk membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.2770.

 

Tahap rintangan: 1.2835, 1.2895

Tahap sokongan: 1.2770, 1.2690

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang secara rata selepas ia melantun dari paras bawah segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1410, 1.1450

Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 113.30.

 

Tahap rintangan: 113.70, 113.85

Tahap sokongan: 113.30, 112.95

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran dengan garisan moving average. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.7300.

 

Tahap rintangan: 0.7340, 0.7370

Tahap sokongan: 0.7300, 0.7265

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang secara rata selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6890. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940

Tahap sokongan: 0.6830, 0.6780

 

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara kini menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan paras atas lingkungan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3285, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3255, 1.3210

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040

Tahap sokongan: 0.9955, 0.9930

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan moving average. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 52.00, 53.90

Tahap sokongan: 50.25, 49.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari sasaran 1228.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1220.00.

 

Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25

Tahap sokongan: 1220.00, 1215.95