30 November 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar didagang dengan rata menjelang pertemuan Trump-Xi.
Indeks dolar telah didagang dengan rata berbanding dengan enam pasangan mata wang semasa sesi dagangan Asia di tengah-tengah kebimbangan terhadap hasil perbincangan perdagangan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping sebelum sidang kemuncak G20 di Argentina. Namun, pasaran kekal sunyi selepas Trump memberi isyarat bahawa perjanjian perdagangan telah dicapai tetapi beliau sedang menimbang samada perjanjian tersebut adalah adil untuk kedua-dua negara. Dari sudut pandangan China, Beijing ingin untuk mencapai perjanjian dan ia perlu termasuk keikhlasan untuk membuat perjanjian yang adil bagi menamatkan ketegangan perang perdagangan dengan AS. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.01% ke 96.65 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menurun sebanyak 0.05% ke 1.2780 selepas Perdana Menteri UK Theresa May memberi komen bahawa beliau akan mencuba untuk mempengaruhi ahli penggubal dasar bagi menyokong perjanjian Brexit semasa undian di antara ahli Parlimen dan bukannya menyediakan pelan alternatif. Untuk setakat ini, perjanjian tersebut telah dikritik oleh kedua-dua eurosceptics dan qurophiles di dalam kalangan Parti Konservatif sendiri manakala parti pembangkang juga mengatakan bahawa mereka merancang untuk membantah perjanjian Brexit tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.55% ke 51.50 setong selepas mencecah paras terendah setahun di tengah-tengah persetujuan Rusia untuk mengurangkan pembekalan minyak menjelang mesyuarat OPEC pada minggu depan di Vienna. Pembekal minyak terbesar yang termasuk Rusia dan Arab Saudi akan bertemu dengan ahli OPEC yang lain pada minggu depan untuk membincangkan pembekalan minyak untuk enam bulan seterusnya. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.03% ke $1224.50 se troy auns akibat daripada kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German Retail Sales (MoM) (Oct) | 0.1% | 0.4% | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Nov) | 2.2% | 2.1% | – |
| 21:30 | CAD – GDP (QoQ) (Q3) | 0.1% | 0.1% | – |
| 22:45 | USD – Chicago PMI (Nov) | 58.4 | 58.6 | – |
| 02:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 885 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 56.55. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 96.85.
Tahap rintangan: 96.85, 97.35
Tahap sokongan: 96.55, 96.25

GPBUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2765. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2835.
Tahap rintangan: 1.2835, 1.2885
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2725

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap segi tiga simetri di 1.1385. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1415.
Tahap rintangan: 1.1415, 1.1455
Tahap sokongan: 1.1365, 1.1330

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 113.20. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah kembali ke tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 114.00, 114.50
Tahap sokongan: 113.20, 112.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran tahap rintangan 0.7330. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7290.
Tahap rintangan: 0.7330, 0.7360
Tahap sokongan: 0.7290, 0.7265

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6880. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6835.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6835, 0.6800

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.3295. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3295, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3250, 1.3225

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9955. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang emas yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0045
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9920

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunannya dari tahap sokongan di 50.10. MACD yang menunjukkan momentum bullish dan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 53.20.
Tahap rintangan: 53.20, 55.15
Tahap sokongan: 50.10, 49.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1228.15. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1220.45.
Tahap rintangan: 1228.15, 1235.65
Tahap sokongan: 1220.45, 1215.40