83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Januari 2019                  Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD meningkat, Fed membisu

Dolar Australia telah melanjutkan kenaikannya berbanding dengan dolar AS susulan dengan pembebasan data ekonomi daripada China. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.30% ke paras 0.7267. Bagi bulan Januari, data PMI bagi sektor pembuatan telah memberi bacaan sebanyak 49.5, lebih tinggi berbanding dengan ramalan iaitu 49.3. Pada masa yang sama, data PMI bagi sektor bukan pembuatan juga memberikan bacaan yang lebih tinggi daripada sebelumnya sebanyak 54.7 berbanding dengan 53.8. Oleh kerana China adalah rakan dagangan utama bagi Australia, sebarang isyarat ekonomi daripada negara tersebut akan memberi impak kepada AUD. Bagi rantau yang lain, dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada sesi tengah hari berikutan dengan isyarat yang dovish dari Bank Pusat AS (Fed). Bank pusat tersebut telah mengetepikan keutamaan untuk meningkatkan kadar faedah “secara beransur-ansuran” berlatarbelakangkan ekonomi global yang lembap dan tekanan inflasi yang suram. Apabila dibandingkan dengan sebakul enam mata wang, indeks dolar susut sebanyak 0.11% ke 94.92.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.78% ke $54.47 setong. Harga minyak mentah telah meneruskan keuntungannya bagi sesi ketiga berikutan dengan pengetatan pembekalan di AS sementara Arab Saudi mengurangkan pengeluaran mereka. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,319.40 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Unemployment Change (Jan) -14K -11K
18:00 EUR – GDP (QoQ) 0.2% 0.2%
18:00 EUR – Unemployment Rate (Dec) 7.9% 7.9%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 199K 215K
21:30 CAD – GDP (MoM) (Nov) 0.3% -0.1%
23:00 USD – New Home Sales (Nov) 544K 560K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras 95.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 94.60.

 

Tahap rintangan: 95.00, 95.30

Tahap sokongan: 94.60, 94.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3125. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas pemecahan berlaku di 1.3125.

 

Tahap rintangan: 1.3125, 1.3230

Tahap sokongan: 1.3060, 1.2990

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1515. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.1515.

 

Tahap rintangan: 1.1515, 1.1585

Tahap sokongan: 1.1445, 1.1415

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 108.25.

 

Tahap rintangan: 108.95, 109.35

Tahap sokongan: 108.25, 107.50

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7275. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di 0.7275.

 

Tahap rintangan: 0.7275, 0.7360

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7070

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6890. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6940, 0.7000

Tahap sokongan: 0.6890, 0.6820

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3120. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3120.

 

Tahap rintangan: 1.3175, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3120, 1.3070

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9920. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah 0.9920.

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0000

Tahap sokongan: 0.9920, 0.9875

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang secara tipis berhampiran dengan tahap sokongan 54.40. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 55.20, 56.30

Tahap sokongan: 54.40, 53.70

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1321.20. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas sasaran 1321.20.

 

Tahap rintangan: 1321.20, 1332.00

Tahap sokongan: 1313.80, 1305.40