83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Mac 2017                        Analisis Harian

 

Dolar AS melantun semula dengan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh.

Dolar AS menaik selanjutnya semasa waktu dagangan Asia, bersedia untuk kenaikan mingguan sebagai data ekonomi AS yang kukuh, yang mana juga memberi sokongan kepada jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang lebih kerap dalam tahun ini. Indeks dolar AS telah menaik 0.13% dan dicatatkan terakhirnya di sekitar 100.35. Data pengeluaran dalam negara kasar AS yang dilepaskan semalaman menunjukkan bahawa pertumbuhan suku keempat AS adalah lebih baik daripada jangkaan penganalisis, disokong oleh peningkatan perbelanjaan pengguna yang diimbangi oleh peningkatan besar dalam Import. Pada sisi lain, mata wang euro telah menahankan sedikit penurunan sebelumnya dan menaik 0.06% kepada $1.0683 berbanding dolar AS walaupun kekal ditekan oleh data inflasi yang lebih lemah. Kedua-dua indeks harga pengguna Jerman dan Spain menunjukkan bahawa inflasi telah diperlahankan lebih banyak daripada jangkaan penganalisis oleh kerana penurunan harga minyak sebelum ini.

 

Selain itu, harga minyak mentah melantun semula dan menaik ke paras tertinggi dalam tempoh masa 3 minggu pada $50.47 selepas Kuwait memberikan sokongan lanjut kepada pemotongan pengeluaran OPEC, memangkinkan selanjutnya positivisme untuk kelanjutan tempoh sehingga tahun akhir ini. Sementara itu, harga emas telah menurun 0.31% kepada $1,241.19 sebagai dolar AS kekal berdaya tahan disebabkan oleh data ekonomi yang positif.

 

Pasaran Cuti Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Acara Kemuncak Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
09:00 CNY – Manufacturing PMI (Mar) 51.6 51.6 51.8
16:00 EUR – German Unemployment Change (Mar) -14K -10K
16:30 GBP – GDP (QoQ) (Q4) 0.7% 0.7%
17:00 EUR – CPI (YoY) (Mar) 2.0% 1.8%
20:30 USD – Personal Spending (MoM) (Feb) 0.2% 0.2%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Jan) 0.3% 0.3%
21:45 USD – Chicago PMI (Mar) 57.4 56.9
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) 97.6 97.6
02:00 Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count 652

 


GBPUSD

GBPUSD. H1: GBPUSD telah didagang lebih tinggi berikutan pemulihan daripada tahap sokongan 1.2465, tambahan pula dengan pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Merujuk kepada kedua-dua garisan MA yang terus mengembang ke atas, penutupan harga GBPUSD di atas tahap rintangan 1.2495 akan mencadangkan kenaikan selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1.2495, 1.2525

Tahap sokongan: 1.2465, 1.2430

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah melanjutkan penurunannya berikutan pecahan harga keluar dari paras terendah saluran menaik sebelum ini manakala baru-baru ini telah ditutup di bawah tahap sokongan kuat pada 1.0700. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus mengembang ke bawah, EURUSD dijangkakan untuk menurun selanjutnya kepada sasaran tahap sokongan pada 1.0650.

 

Tahap rintangan: 1.0700, 1.0745

Tahap sokongan: 1.0650, 1.0580

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang lebih tinggi berikutan pemulihan sebelum ini daripada garisan MA 20 (Merah) manakala harganya telah ditutup di atas tahap rintangan kukuh pada 111.40. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus mengembang ke atas dan momentumnya dicatatkan di atas tahap 0, USDJPY dicadangkan untuk menaik selanjutnya selepas harganya ditutup di atas tahap rintangan 112.15.

 

Tahap rintangan: 112.15, 112.80

Tahap sokongan: 111.40, 110.10

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah baru-baru ini telah memecah keluar dari paras tertinggi julat dagangannya, memberikan isyarat peralihan arah aliran untuk menaik selanjutnya. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang menuju ke atas dan momentumnya dilihatkan di atas tahap 0, penutupan harga minyak di atas tahap rintangan 50.40 akan mencadangkan kenaikan selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 50.40, 51.20

Tahap sokongan: 49.60, 48.60

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas baru-baru ini telah memecah keluar dari paras terendah saluran menurun, memberikan isyarat penurunan yang lebih kuat. Ia dijangkakan untuk melanjutkan penurunannya selepas harganya ditutup di bawah paras terendah sebelum ini pada tahap sokongan 1240.60.

 

Tahap rintangan: 1244.30, 1247.70

Tahap sokongan: 1240.60, 1236.55